MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Sabtu, Mac 12, 2011

PRU 13. Warga Air Putih tolak calon luar kawasan.

Warga Air Putih mahu calon PRU 13 dari kalangan penduduk Air Putih.
Ketua UMNO Cawangan Felda Cerul 2, Kamarudin A Razak dalam kenyataannya kepada Sinar Harian semalam 11 Mac 2011 berkata, purata penduduk dalam kawasan undangan negeri Air Putih mahukan calon PRU 13 terdiri dari anak jati Air Putih. Menurutnya lagi, kenyataan ini bukanlah menolak ADUN yang sedia, cuma mempertahankan pemimpin yang berada dalam DUN Air Putih yang sering kali terpinggir. Mengapa DUN Kemasik, Kijal dan Cukai bolih memilih pemimpin dari kalangan anak tempatan dan mengapa tidak di DUN Air Putih. Soalnya.

Beberapa pemimpin masyarakat dan veteran UMNO menyambut baik kenyataan Kamarudin dan berkata kita tidak bolih memandang rendah kenyataan ini dan inilah masanya DUN Air Putih mencalonkan anak tempatan sepertimana kawasan lain. Penulis difahamkan kenyataan ini dibuat bagi menghalang mereka mereka yang berada diluar DUN Air Putih yang bercita cita menjadi calon pada PRU 13 nanti untuk bertanding di DUN Air Putih. Selama ini mereka mereka ini tidak pernah datang melawat penduduk Air Putih dalam apa jua sekali pun.

3 ulasan:

  1. Assalamualikum dan selamat pagi.

    Apakah kenyataan Kamarudin ini berasaskan akar umbi ahli UMNO dalam DUN Air Putih?

    Siapa Kamarudin A Razak sebenarnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. akum...
      sy anak jati dun air putih... sy menyokong kenyataan kamarudin..tq

      Padam
  2. Ramai calon anak tempatan.....
    1.
    2.
    3.

    BalasPadam

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.