MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Selasa, Mei 12, 2009

Tahniah pada Datuk M. Kayveas dan PPP

Salam Blogger,

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Tahniah kepada Datuk M. Kayveas dan PPP jika ingin keluar dari Barisan Nasional ( BN ).
Pendapat saya jika PPP masih kekal dalam BN umpama api dalam sekam yangmana jika dibiarkan ianya akan merebak dan menyebabkan kerosakan pada semua. Sebelum PPP keluar dari gabungan BN adalah lebih baik BN singkirkan terlebih dahulu PPP. Jika kita mengamatinya PPP bukanlah pertubuhan yang sah disebabkan Cawangan Silibin Ipoh Perak telah terbatal pendaftaranya olih Pendaftar Pertubuhan sejak tahun 2006. Ini diakui sendiri olih Datuk M. Kayveas beberapa hari yang lepas. Mana mana pertubuhan yang cawangannya terbatal dan ahli masih lagi memegang jawatan dalam Majlis Tertinggi pertubuhan maka dengan secara automatik pertubuhan itu terbatal. PPP hanya berani bermain dengan ugutan sahaja, dah berapa kali ugut nak keluar BN tapi masih lagi berada dalam BN. Dalam kes ini saya lebih hurmat pada Datuk Yong Teck Lee dan SAPP kerana berani. Cakap je nak keluar BN, terus keluar. Jika PPP Keluar dari BN, jangan kata dua negeri, dua kerusi pun tak dapat. Bertanding atas tiket BN pun PPP kalah apatah lagi bertanding sendirian. Diharap Datuk M. Kayveas fikir fikirlah dahulu sebelum mengugut BN.

Ikrar keluar BN jika tidak dapat kerusi
KUALA LUMPUR 11 Mei – Parti Progresif Penduduk (PPP) hari ini mengugut sekali lagi akan keluar daripada Barisan Nasional (BN) sekiranya tidak diberikan kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) nanti.
Presidennya, Datuk M. Kayveas sebelum ini membuat ugutan yang sama tetapi kali ini beliau bertindak lebih jauh dengan mencabar agar BN memecat parti itu daripada gabungan tersebut.
‘‘Sekiranya parti ini terus tidak dihormati oleh komponen parti lain dan terus dianak tiri maka pilihan PPP ialah untuk keluar daripada BN dan alternatifnya gabungan itu boleh memecat parti ini dari gabungan tersebut,’’ katanya.
Beliau berkata demikian menerusi sesi soal jawab interaktif NST Live yang berlangsung selama kira-kira empat jam melalui laman web www.nst.com.my di sini hari ini.
Kayveas juga menegaskan, sekiranya PPP keluar dari BN, parti itu akan memberi fokus untuk menawan Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan dan Melaka.
Tegasnya, beliau mempunyai rancangan besar mengenai perkara itu dan memberitahu akan berjaya menawan sekurang-kurangnya dua negeri yang disenaraikan.
Beliau memberitahu, BN selama ini terus mengetepikan PPP dan sekiranya ia berterusan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti maka parti tidak mempunyai pilihan kecuali keluar daripada gabungan tersebut.
Katanya, majoriti ahli-ahli PPP mahu parti itu keluar BN tetapi menegaskan kestabilan politik adalah penting kepada keamanan, kemajuan dan kemakmuran rakyat.
‘‘Adalah mengecewakan berada di dalam BN tetapi diketepikan oleh parti-parti komponen lain tetapi tolak ansur dan kesabaran serta rasa cinta kepada negara menyebabkan kami kekal di dalam gabungan tersebut,’’ katanya.
Kayveas memberitahu, beliau telah berada di dalam BN selama 15 tahun dan mendakwa kebanyakan pemimpin-pemimpin parti komponen adalah ‘yes men’ dan kaki bodek tidak pernah bersuara.
Katanya, pemimpin-pemimpin ini hanya bersuara apabila beliau cuba menyedarkannya tetapi sekarang semua pemimpin terbabit tidak lagi menjadi pemimpin dan mula menyuarakan suara hati mereka tetapi telah terlambat.
Kayveas juga mendakwa, kegagalannya untuk mempertahankan kerusi Parlimen Taiping disebabkan pemimpin-pemimpin BN memastikan beliau kalah dalam pilihan raya umum lepas.
Beliau bagaimanapun menegaskan, BN adalah sebuah kerajaan yang baik tetapi rakyat kecewa cara agensi-agensi kerajaan melayan mereka.
Petikan Utusan Malaysia Online 12/5/09

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.