MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Rabu, Mei 13, 2009

Ugut BN: Kayveas perlu ukur kemampuan diri sendiri

KUALA LUMPUR 12 Mei - Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas perlu mengukur kemampuan diri sendiri sebelum mengugut untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN).
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, BN tidak memerlukan pemimpin celupar serta gemar menangguk di air keruh seperti Kayveas.
Beliau juga meminta Kayveas 'menjahit mulut' kerana dalam keadaan sekarang, semua pemimpin dalam komponen BN sepatutnya bersatu dan bukannya bertelingkah sesama sendiri.
"BN hanya memerlukan pemimpin serta parti komponen yang mempunyai semangat setiakawan tinggi agar pembangunan yang dirancang untuk rakyat dapat dilaksanakan dengan licin,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ahmad Zahid diminta mengulas ugutan terbaru Kayveas yang mahu membawa PPP keluar daripada BN sekiranya tidak diberi kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Mengenai tuduhan pemimpin PPP itu bahawa kegagalannya mempertahankan kerusi Parlimen Taiping disebabkan pemimpin BN mahu melihatnya kalah, Ahmad Zahid memintanya supaya jangan menuding jari kepada orang lain atas kelemahan diri sendiri.
Seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ugutan Presiden PPP itu bertujuan memperoleh publisiti murahan.
Beliau menegaskan kenyataan Kayveas itu tidak perlu dilayan.
"Tak perlu layan kerana dia hanya mahu publisiti murahan sahaja demi kesinambungan politiknya," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong menyifatkan Kayveas hidup dalam alam khayalan.
Katanya, tiada guna PPP masih lagi berada dalam BN jika hati mereka bukan lagi berpaksikan perjuangan gabungan itu.
Sehubungan itu, kata Ka Siong, lebih baik PPP keluar daripada BN kerana parti berkenaan gemar menimbulkan polemik murahan.
"Perjuangan BN bukan sekadar untuk dapatkan kerusi dalam kerajaan. Perjuangan BN lebih kompleks dan PPP perlu melihat sejauh mana penerimaan rakyat terhadap parti itu.
"Saya pelik bagaimana Kayveas mendakwa boleh menawan dua negeri jika PPP bergerak sendirian sedangkan kerusi Parlimen yang diberikan kepadanya sebelum ini pun gagal dipertahankan," tegasnya.
Ditanya mengenai bentuk tindakan yang bakal diambil terhadap Kayveas dan PPP, Ka Siong berkata, sebarang keputusan mengenainya akan dilakukan dengan mengambil kira pandangan semua pihak.
Beliau menambah, kes Kayveas akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN 18 Mei ini.
Petikan Utusan Malaysia Online 13/5/09

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.