MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Ahad, Mei 10, 2009

Dakwaan politik wang: Murugiah jumpa PM Selasa ini




SEREMBAN: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah akan berjumpa Datuk Seri Najib Razak, Selasa ini bagi menjelaskan tuduhan politik wang sehingga membawa usul pemecatannya oleh Majlis Tertinggi Parti Progresif Penduduk (PPP), semalam. Bercakap kepada pemberita di sini, hari ini, Murugiah yang juga Ahli MT PPP, berkata beliau tidak mahu mengulas lanjut perkara itu sebaliknya akan dijelaskan ketika bertemu Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu nanti. "Kebenaran akan muncul kemudian," katanya ringkas.
MT PPP semalam sebulat suara meluluskan usul memecat Murugiah daripada parti itu kerana didakwa terbabit dengan politik wang. Presiden PPP, Datuk M Kayveas yang mempengerusikan mesyuarat itu, berkata pemecatan Murugiah sebagai Ahli MT akan berkuat kuasa selepas pemilihan parti itu pada 7 Jun depan. Keputusan memecat Murugiah dibuat 42 daripada 45 ahli Majlis Tertinggi PPP tanpa kehadirannya. Petikan Berita Harian Online 10/5 09

Berita sebelum ini

PPP pecat Murugiah dakwaan politik wang


PPP Tidak Akan Pecat Murugiah Tergesa-gesa - Kayveas


Sementara itu, Kayveas berkata, Pendaftar Pertubuhan (ROS) sudah membatalkan pendaftaran cawangan PPP Silibin, Perak sejak Ogos 2006, yang mana Murugiah menjadi ketua cawangannya. “Cawangan berkenaan tidak menghantar sebarang laporan kepada ROS berhubung aktivitinya dan selepas tiga tahun dibatalkan, baru kelmarin Murugiah mengemukakan surat kepada Setiausaha Agung parti untuk memperbaharuinya,” katanya.
Ditanya mengenai kedudukan Murugiah dalam kerajaan, Kayveas berkata, jawatan beliau dalam kerajaan akan diserahkan kepada pemimpin PPP yang lain. Murugiah gagal dihubungi bagi mendapatkan ulasannya mengenai tindakan memecatnya.

Pada fahaman saya, apabila terbatalnya satu cawangan dan ahlinya masih lagi memegang jawatan dalam pertubuhan maka dengan sendirinya pertubuhan itu batal. Ini bermakna PPP telah pun batal sejak 3 tahun yang lalu. Mengapa baru hari ini Kayveas mengesahkan pembatalan PPP cawangan Silibin? Fikir Fikirlah sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.