MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Ahad, Mei 10, 2009

Kasih Ibu Tiada Gantinya

Salam Blogger,

Selamat menyambut hari Ibu pada semua yang bergelar Ibu.

Pengorbanan dan jasa seorang ibu tak dapat dinilai dengan wang ringgit atau harta benda. Kepayahan semasa hamil, keperitan yang dialami sewaktu melahirkan anak, cabaran dalam mendidik dan mengasuh serta penderitaan dan kesengsaraan hidup ditempuh oleh siibu dengan penuh tanggungjawab dan tabah, tanpa berkeluh kesah dan merungut. Begitulah betapa hebat dan bersarnya pengorbanan dan jasa seorang ibu.

Dalam agama Islam itu sendiri, Rasulullah SAW telah mengangkat kedudukan istimewa ibu sehingga berbakti kepada ibu mengatasi semua yang lain, termasuklah kepada bapa sekalipun - di mana Rasullullah SAW pernah ditanya seorang lelaki di dalam hadis bermaksud: “Ya Rasulullah Siapakah yang lebih berhak saya berbuat baik? Jawab Rasulullah SAW: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa lagi? Ujar Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya sekali lagi: Kemudian siapa lagi? Jawab Baginda: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Siapa lagi? Baginda menjawab: Bapamu.”

Marilah kita berusaha menggembirakan mereka dan memastikan Hari Ibu di sambut dengan pengisian yang bermakna. Namun, ia tidaklah bermakna bahawa segala jasa dan bakti seorang ibu itu sekadar dihayati dan dikenang semasa Hari Ibu sahaja kerana pengorbanan dan kasih siibu sentiasa mekar sepanjang masa.

Berbaktilah kepada ibu semasa hayatnya masih ada. Setelah ibu tiada, tidak ada apa yang hendak dikesalkan. Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu kepada insan yang bergelar Ibu.

Al Fatihah kepada Bonda dan Ayahnda tersayang.
Semoga mereka ditempatkan didalam golongan orang orang yang solih.
Aminn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.