MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Sabtu, April 03, 2010

Hormati keputusan Sultan Pahang

Kuantan - Semua pihak perlu menghormati keputusan Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah yang berkenan meringankan hukuman sebat keatas Kartika Sari Dewi Shukarnor yang didapati bersalah meminum arak dan diganti dengan kerja khidmat komuniti selama sebulan.
Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang ( MUIP ) Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, Sultan Pahang telah mengambil kira kesalahan tersebut kali pertama dilakukan olih bekas model sambilan itu.
"Namun jika ada pihak yang tidak puas hati dengan keputusan ini bolihlah membawanya kemuka pengadilan" katanya pada sidang akhbar sempena Pelancaran Kempen Ops Potongan Zakat Berjadual ( PZB ) 2010 disini hari ini.

Petikan Utusan Online

Sementara itu Peguam Peguam Muslim Malaysia ( PPMM ) dukacita hukuman sebat Kartika Sari Dewi Shukarnor, diganti dengan kerja kemasyarakatan selam tiga minggu bermula hari ini.
Setiausaha Agungnya, Abdul Halim Bahari, dalam satu kenyataan, berkata pengantian hukuman itu didakwa tidak mengambil kira hasrat dan kemahuan Kartika yang mahu disebat secara syarie.

Berita lanjut Berita Harian online

Pada 1 April lalu Sultan Pahang, Sutan Ahmad Shah berkenan meringankan hukuman sebat terhadapat bekas model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarnor, kerana kesalahan minum arak yang diganti dengan kerja khidmat komuniti selama sebulan.

Berita lanjut Utusan Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.