MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Rabu, Ogos 25, 2010

PENGGANTUNGAN SIJIL PENGESAHAN HALAL SYARIKAT QBI PACKAGING SDN BHD

Assalamualaikum,

Semalam JAKIM dalam kenyataan laman web http://halal.gov.my telah mengambil keputusan menggantung Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd sehingga Jakim berpuas hati dengan kehalalan produk keluaran syarikat berkenaan berkuat kuasa 19 Ogos 2010.

QBI Packaging Sdn Bhd adalah dilarang serta merta menggunakan halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee.

Hari ini Persatuan Pengguna Pulau Pinang ( CAP ) menerusi Presidennya SM Mohamed Idris menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya segera menarik balik penjualan minyak sapi QBB dipasaran berikutan tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) yang menarik balik status halal minyak sapi itu yang didakwa mengandungi elemen yang meragukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.