MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Ahad, Oktober 31, 2010

Hayati Titah Raja Raja Melayu.

Assalamualaikum,

Majlis Raja Raja Melayu melahirkan rasa gusar terhadap perkembangan politik semasa dalam negara yang meniup angin perkauman dan mencabar kedaulatan Perlembagaan Negara.

Penyimpan Mohor Besar Raja Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah Dalam kenyataannya semalam berkata, Raja Raja Melayu berpegang bahawa kontrak sosial yang dipersetujui itu adalah watikah yang menjadi asas kepada keadilan sosial di negara ini yang merangkumi cita cita bagi mencapai hasrat pembahagian ekonomi yang adil.

Mesyuarat Majlis Raja Raja Melayu yang ke 222 pada 13 dan 14 Oktober 2010 yang lalu juga mengambil maklum akan kebimbangan akan perkembangan semasa dan kebimbangan yang disuarakan olih individu dan pertubuhan bukan kerajaan ( NGO ) berhubung perkara yang menyentuh Ugama Islam, Kedaulatan Raja Raja Melayu, Orang Melayu dan Bahasa Melayu.

Raja Raja Melayu menitah setiap rakyat tanpa mengira kaum dan agama harus bersatu serta setia kepada negara demi memelihara kedaulatan dan kemakmuran negara.


Berita Harian Online Raja Melayu gusar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.