MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Jumaat, Februari 18, 2011

Mahkamah isytihar kerusi DUN Pelabuhan Klang tidak kosong

ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah gembira sambil menunjukkan isyarat ‘1Malaysia’ selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan tiada kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang dan beliau kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

Jumaat 18 Februari 2011

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini hari ini memutuskan Badrul Hisham Abdullah kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri(DUN) Pelabuhan Klang.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zaleha Yusof, membuat keputusan itu dalam kamarnya setelah mendengar saman pemula yang difailkan oleh Badrul Hisham terhadap Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Kim, berikutan tindakannya mengisytiharkan kerusi itu kosong pada 16 Januari lalu.

Pada masa sama, Zaleha turut memerintahkan Teng untuk menjelaskan kos sebanyak RM40,000 kerana tindakannya mengisytiharkan kerusi itu kosong.

Kontroversi kerusi Pelabuhan Klang timbul setelah Teng mengisytiharkan kerusi itu kosong pada 16 Januari lalu dengan mengatakan Badrul Hisham gagal menghadiri persidangan DUN selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Peguam Datuk Hafarizam Harun yang mewakili Badrul Hisham berhujah bahawa tempoh enam bulan itu seharusnya bermula pada 8 November lalu dan bukannya seperti yang didakwa Teng pada 16 Julai lalu.

"Ini kerana tiada sidang DUN diadakan pada 16 Julai itu," katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.