MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Ahad, Mei 01, 2011

Pas patut keluar Pakatan Rakyat - Najib

KUALA TERENGGANU 30 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemimpin Pas perlu menerima kenyataan bahawa mereka mesti keluar daripada pakatan pembangkang jika benar-benar berjuang untuk kepentingan agama Islam.

Menurut Perdana Menteri, Pas tidak akan memperoleh apa yang dicita-citakan selama ini dan kerjasama dengan parti pembangkang lain hanya memberi keuntungan kepada DAP.

''Tak kisahlah sama ada Pas mahu bersendirian atau bergabung dengan UMNO, yang penting mereka tidak boleh bergabung dengan DAP kerana usaha Pas dalam memperjuangkan Islam akan terhalang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perumahan Pangsapuri Rakyat di Pulau Duyung di sini hari ini.

Dengan merujuk pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, beliau berkata, usaha gigih Pas ketika berkempen hanya memberikan keuntungan yang lebih besar kepada DAP.

Menurut Najib, Pas perlu menerima kenyataan tentang ideologi mereka yang jelas bertentangan dengan DAP.

''Dari segi pertimbangan, tak ada makna Pas kekal dalam pakatan rakyat. Soal dia nak bergabung atau tidak, itu soal lain.

''Sebab kalau dalam pakatan, mereka tidak boleh berbuat apa-apa tanpa kekangan DAP. Dalam banyak isu, DAP akan tetap membuat keputusan jika mereka beranggapan sesuatu yang tak boleh diterima berdasarkan ideologi mereka," ujarnya.

Ditanya kenyataan beliau itu mungkin menjurus semula ke arah kerajaan perpaduan, Najib berkata, ia suatu persoalan yang amat rumit dan tidak boleh dijangkakan.

Terdahulu ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir di Kampung Pulau Bahagia di sini, beliau mengajak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berusaha ke arah itu.

Katanya, inilah masanya untuk parti itu berbuat demikian demi agama, bangsa dan negara.

''Kenapa buat baik dengan DAP. Adakah DAP boleh memperjuangkan Islam? Saya nak cakap di sini kepada Haji Hadi, cukup-cukuplah bekerjasama dengan DAP. Ini merugikan kita," katanya.

Najib berkata, semua pihak sedia maklum BN sentiasa menjanjikan realiti daripada aspek pembangunan untuk dinikmati seluruh rakyat.

Sedangkan parti pembangkang, kata Najib, tiada hasil yang dilakukan untuk membantu serta memanfaatkan rakyat.

"Janganlah main politik jalanan, PKR lahir di jalanan sedangkan UMNO lahir di istana dan sebab itulah parti kita keramat untuk membela nasib bangsa, agama dan negara," katanya

Sumber Utusan on line 1May 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.