MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Ahad, Ogos 07, 2011

Khalid terima tekanan exco bukan Islam

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipercayai sedang menerima tekanan hebat daripada beberapa exco bukan Islam supaya beliau meminta maaf dan mengambil tindakan tegas ke atas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sumber memaklumkan, tekanan mula dibuat ketika mesyuarat tergempar beberapa hari lalu, sebaik sahaja kontroversi pemeriksaan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, yang dipercayai cuba menyebar agama Kristian kepada orang Islam dilapor oleh media.

Katanya, dalam mesyuarat itu hanya Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali sahaja yang mempertahan tindakan JAIS, manakala exco Melayu lain pilih jalan selamat.

"Beberapa exco bukan Islam mahu Abdul Khalid bertindak segera mengarahkan JAIS memberi penjelasan mengapa mereka memeriksa gereja berkenaan. Mereka memberi tekanan hebat kepada Menteri Besar supaya bertindak tegas ke atas JAIS.

"Meskipun Hasan mempertahan tindakan JAIS tetapi suara beliau tenggelam berbanding tekanan exco berkenaan kerana hanya beliau seorang sahaja yang mempertahan tindakan itu walaupun ramai exco Melayu dalam kerajaan negeri," katanya kepada Mingguan Malaysia hari ini.

Dalam pada itu, sebuah blog, http://bigdogdotcom.wordpress.com menyifatkan kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Abdul Khalid adalah boneka kepada golongan minoriti meskipun kerajaan tersebut dibentuk hasil sokongan majoriti.

Dakwa bigdogdotcom, perkara itu jelas apabila Abdul Khalid terus bertindak memanggil Pastor Kanan, Daniel Ho, sebaik sahaja selesai mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor tanpa mendapatkan penjelasan daripada JAIS terlebih dahulu.

"Nampaknya bukan hanya (Datuk Seri) Mohamad Nizar Jamaluddin seorang sahaja yang menjadi boneka kepada DAP sewaktu memerintah Perak. Di Selangor, Abdul Khalid juga seorang boneka kerana sentiasa bertindak demi kepentingan minoriti bukannya majoriti," katanya. Sumber Utusan Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.