MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Khamis, Julai 25, 2013

Majlis IFTAR Ramadham EPIC 2013

Teluk Kalong, 24 Julai 2013 
Sempena meraikan bulan Ramadham yang penuh mulia ini Eastern Pacific Industrial Corporation ( EPIC ) Berhad sekali lagi menganjurkan iftar Ramadham EPIC 2013 bertempat di Dewan Serbaguna EPIC, disini hari ini.

Majlis ini diadakan bagi meraikan anak anak yang kurang bernasib baik di sekitar Daerah Kemaman yang mana kesemuanya terdiri daripada seramai 709 orang pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Seramai 1500 orang termasuk kakitangan EPIC, media massa serta pelajar terpilih hadir bagi menyerikan majlis ini dan merupakan inisiatif yang murni yang diambil olih syarikat bagi mendekatkan lagi kakitangan untok beramah mesra dengan tetamu jemputan.

Sementara menunggu waktu berbuka puasa, majlis turut diserikan persembahan nasyid dari Cahaya Hati Entertainment dan tazkirah serta bacaac ayat suci Al Quran. Pada majlis ini juga EPIC Berhad mengagihkan zakat pendapatan syarikat kepada jemputan yang layak dan disampaikan olih Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif EPIC Berhad En Ramli Shahul Hameed.

Dalam majlis berasingan, EPIC Berhad juga telah mengambil inisiatif melalui Kelab EPIC dengan membuat kutipan untuk Dana Anak Yatim yang dikumpul dari setiap ahli kelab yang terdiri daripada warga kerja EPIC. Pengagihan sebanyak RM400 untuk setiap orang anak yatim telah dibuat kepada anak yatim yang telah dikenalpasti di kalangan keluarga kakitangan dan juga dari kalangan pelajar pelajar sekolah rendah di sekitar Daerah Kemaman.

Pecahan pengagihan dibuat dalam bentuk pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional ( SSPN ) serta pemberian tunai untuk mereka membeli keperluan dalam menjalankan ibadah Ramadham dan persiapan Aidilfitri yang bakal tiba.

Pada sebelah pagi, sebanyak 20 kawah bubur lambuk dimasak olih kakitanga EPIC Berhad dan diagihkan kepada semua perkerja EPIC Berhad dan perkerja daripada 250 syarikat sokongan industri petroleum didalam kawasan Kemaman Supply Base ( KSB ).

EPIC Berhad merupakan anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu menjalankan perkhidmatan utamnya ialah menyediakan perkhidmatan sokongan kepada industri minyak dan gas dan perkhidmatan pelabuhan serta lain lain.

Anak Syarikat EPIC Berhad terdiri daripada :-
1. Pengkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd / Kemaman Supply Base.
2. Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd
3. EPIC Mushtari Engineering Sdn Bhd.
4. Tubex Sdn Bhd.
5. Eastern Pacific Propertiee Sdn Bhd.
Bersama Suhaidi Mohd Amin, Ezzuan Ahmad, Cik Rai Comey & Cik Nurul menemubual Encik Ramli Shahul Hameed Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif EPIC Berhad.
En Suhaidi bersama Cik Rai Comey dan Cik Nurul

En Ramli Shahul Hameed Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif EPIC Berhad menyampaikan sumbangan kepada anak anak yatim dan pelajar miskin sekitar Daerah Kemaman.

En Ramli Shahul Hameed Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif EPIC Berhad menyampaikan sumbangan kepada anak anak yatim dan pelajar miskin sekitar Daerah Kemaman

Antara jemputan Majlis IFTA EPIC 2013 terdiri dari anak yatim, pelajar sekolah, pelajar sekolah pondok dan pelajar madrasah tahfis disekitar berdekatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.