Oleh MUKHATAR A. RAHMAN
KEMAMAN – Seorang pemuda bertindak nekad meredah api yang sedang marak untuk keluar menyelamatkan diri selepas menyedari rumahnya sedang terbakar pagi tadi.
Ketika kejadian, mangsa Mohd Yusraf Irfan Mohd Yusri, 22, sedang mandi di dalam bilik air di rumahnya di Kampung Pengkalan Binjai, dekat Bandar Chukai, di sini.
Menurutnya, ketika sedang mandi dia terkejut selepas mendapati lampu bilik air itu tiba-tiba padam selepas terdengar satu letupan kecil di dalam rumahnya itu.
Katanya, dia bergegas keluar dari bilik air dan terkejut melihat bilik tidurnya sedang terbakar dan bergegas keluar menyelamatkan diri dengan meredah api menuju pintu utama.
“Kejadian kebakaran itu berlakuk ketika saya sedang mandi, lepas itu lampu bilik air terpadam dan bau asap.
“Apabila keluar dari bilik air, tengok api sedang marak,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini.
Mohd Yusaf Irfan berkata, sejurus keluar menyelamatkan diri dia terus menghubungi bomba dan sempat menyelamatkan sebahagaian harta benda dari rumah itu sebelum api marak sepenuhnya.
Menurutnya, dia tinggal tiga orang dalam rumah berkenaan dan ketika kejadian ayah dan adiknya tiada di rumah kerana bekerja.
Pada 19 Jun lalu, rumah ibu saudara Mohd Yusaf Irfan iaitu Nurisah Muda yang terletak bersebelahan rumahnya juga telah terbakar.
Sementara itu, Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan 2, Syed Malikuzzaman Syed Mohd Zin berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 11.26 pagi dan terus bergegas ke lokasi bersama lima belas anggota dan tiga jentera.
Beliau menambah, pihaknya berjaya mengawal kebakaran kira-kira setengah jam kemudian dan kira-kira 80 peratus rumah kayu separuh kekal itu hangus.
“Punca lebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya. – Suara Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.