MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Rabu, Jun 25, 2008

Boleh hadiri kenduri asal jangan kempen: Muhyiddin

KLANG: Ahli Umno yang bertanding pada pemilihan parti tahun ini boleh menghadiri kenduri kahwin, majlis kesyukuran dan perjumpaan lain asalkan mereka tidak menggunakan majlis itu sebagai tempat berkempen bagi meraih undi, kata Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Ramai keliru dan menganggap Majlis Tertinggi (MT) menyekat mereka daripada menghadiri kenduri kahwin, tahlil dan perjumpaan lain. "Dakwaan ini tidak betul. Saya jelaskan di sini, mereka tidak disekat menghadiri majlis seperti ini asalkan tidak dijadikan tempat berkempen," katanya selepas merasmikan bangunan baru Pantai Bharu Holdings Sdn Bhd di Jalan Meru di sini, hari ini.
Muhyiddin berkata, larangan itu hanya berkuat kuasa kepada majlis yang boleh ditaksirkan sebagai berkempen bagi mendapat sokongan jawatan yang ditandingi. Beliau diminta mengulas Tataetika Baru Pemilihan Umno yang diluluskan MT baru-baru ini yang melarang calon daripada menghadiri majlis perkahwinan, tahlil, kesyukuran yang dikhuatiri digunakan untuk meraih undi.

Petikan Berita harian online 24 Jun 2008

Komen

Walaupun hadir dimajlis kenduri kahwin atau tahlil mereka tetap berkempen, selepas berbisik dimajlis perkahwinan atau tahlil mereka akan ke warung untuk minum dan berbual, disini sekali lagi mereka berkempen. Jika ada ahli yang mempunyai maklumat, ahli tersebut tidak akan melaporkan kepada jawatankuasa disiplin kerana dikuatiri laporannya tidak diambil kira, jika diambil kira sekali pun ia iakan menyusahkan ahli itu sendiri kerana terpaksa hadir untuk "dibicarakan" .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.