MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Isnin, Jun 15, 2009

Kerajaan Perpaduan, Nik Aziz, Anwar dan Chin Peng


Salam Blogger,

Sekarang ini ramai yang berbicara tentang penubuhan kerajaan perpaduan yang diidealkan olih DS Hadi Awang. Ada yang menyokong dan ada juga yang membantah termasuklah Karpal Singh dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz. Tetapi tidak pula kedengaran bantahan dari mereka berdua tentang DS Anwar mencadangkan kepada kerajaan supaya membenarkan Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng pulang ke Malaysia.


Pada anggapan saya, Bagi Nik Aziz UMNO lebih bahaya dari Komunis. Jika kerajaan perpaduan dapat diwujudkan, Nik Aziz bimbang masa depan politiknya gelap. Nik Aziz lebih suka jika umat melayu islam dalam keadaan terumbang ambing kerana ia bolih menjadi modal politik beliau. Jika melayu islam dah bersatu, susah sikitlah nak ceramah, sebab semuanya dah jadi baik belaka.


Sebenarnya dalam berdakwah tak mengira masa, jika semua dah bersatu, maka mudahlah kita nak menyampaikan dakwah dan sebagainya. Usahlah Tuan Guru takut dengan kerajaan perpaduan, andaikata kerajaan perpaduan dapat diwujudkan, Tuan Guru mungkin ada tugasan juga bagi menjaga perpaduan.


Berbalik pada cerita Chin Peng, diharap kerajaan lebih peka dengan nasib bekas perajurit yang terkorban dan cedera semasa mempertahankan tanahair dari ancamam komunis. Walau pun Chin Peng telah tua dan komunis telah letak senjata, tetapi idealogi komunis masih menebal dalam jiwa ahli ahli komunis. Idealogi ini telah meresap kedalam segelintir rakyat Malaysia hinggakan sanggup mencadangkan kepada kerajaan supaya Chin Peng dibenarkan pulang.


Akhbar Harakah 5 - 7 Jun 2009 muka surat N12 ruangan Kolumnis tulisan Mohamed Hanipa Maidin telah menulis telah menceritakan bahawa beliau ada membaca buku buku tulisan Chin Peng dan juga Rashid Maidin serta Abdullah CD ( " Memoir Abdullah CD ).

Penulis juga menceritakan komunis juga mempunyai semangat yang tinggi menentang penjajah dan juga anggota parti Chin Peng seperti Abdullah CD telah berjaya mengislamkan anggota wanita PKM iaitu Eng Ming Ching yang kemudiannya berkahwin dengan beliau dan menggunakan nama islamnya sebagai Suriani Abdullah.


Saya akui buku buku tulisan bekas anggota PKM banyak menceritakan perjuangan menentang penjajah hanya dalam Bab 1 dan Bab 2 sahaja, Bab yang seterunya penulis bekas anggota PKM menulis supaya anggota baru atau pemuda komunis meneruskan perjuangannya melalui idealogi sepertimana tulisan saya yang terdahulu yang bertajuk " Chin Peng dan Idealogi komunis yang masih subur ". Mengapa perlu kita agung agungkan Chin Peng dan komunis? Ianya hanya ingin mencari populariti dalam politik yang semakin kabur.

DS Anwar Ibrahim telah kehabisan modal bagi meraih simpati dikalangan orang melayu, maka beralih kepada bekas anggota PKM. Bagi saya apa yang diperkatakan olih "Brother" Anwar adalah hanya cakap politik yang tak perlu masuk dalam kepala, ini kerana janji Brother Anwar tahun 2008 masih lagi belum tertunai iaitu mengambil alih pertadbiran kerajaan pada 16 September, Hanya 90 hari lagi, maka genaplah kegagalan Brother Anwar satu tahun untuk memenuhi cita citanya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Rakyat tak perlu bimbang dengan Brother Anwar kerana Brother Anwar hanya pandai cakap politik dan pandai dalam kertas kerja, tapi pelaksanaannya kosong. Saya pernah baca buku tulisan Kamaruzaman Yaakob yang judulnya " Bersama Anwar Ke Penjara" . Buku ini banyak tersebar pada tahun 1998 selepas Brother Anwar dipecat olih Dato' Sri Dr Mahathir.

Saya melihat Brother Anwar pakar dalam pencaturan politik apabila Brother Anwar mencabar Gafar Baba dalam pemilihan UMNO 1993 bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO. Dengan mewujudkan Team WAWASAN bersama Dato Sri Najib, Tan Sri Muhyidin, Tan Sri Muhamad Mohd Taib bagi jawatan Naib Presiden dan Tan Sri Rahim Thamby Chik bagi jawatan Ketua Pemuda. Apabila Tan Sri Rahim diminta cuti dari memegang jawatan dalam UMNO, kemana Brother Anwar masa itu? Apabila Tan Sri Muhyidin tewas pada tahun 1996 apa yang Brother bantu ? Apabila Brother dipecat, seluruh negara Brother Anwar buat road show sampaikan artis susah nak cari makan kerana rakyat menonton road show percuma Brother Anwar.

Kepada Menteri Dalam Negeri Dato Sri Hishamudin dan Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib dapat mengekalkan keputusan kerajaan supaya Chin Peng diharamkan memasuki tanah Malaysia yang tercinta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.