MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Rabu, Jun 17, 2009

Majlis Himpunan Pemuda dan Puteri Kemaman 2009

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said memberi ucapan pada
Majlis Himpunan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kemaman 2009

Majlis Himpunan Pemuda dan Puteri Kemaman dan Penyerahan Borang Dana Bakti Remaja 2009 diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Keamaman pada 16 Jun 2009 telah di sempurnakan olih Menteri Besar Terengganu YAB Datuk Ahmad Said yang juga Ketua UMNO Bahagian Kemaman.
Sebahagian Ketua Cawangan dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman
yang hadir ke Majlis Himpunan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kemaman.

Datuk Ahmad Said mengumumkan sebanyak RM 2.7 Juta akan diagihkan kepada Remaja Daerah Kemaman bagi Dana Bakti Remaja 2009. Beliau juga turut menyentuh tentang kutipan tandatangan yang dilakukan olih parti PAS dipasar Kemaman beberapa hari yang lalu bagi mendesak kerajaan membatalkan hasrat untuk membina jambatan Bukit Kuang yang baru.

Menurut Ahmad, kerajaan telah meluluskan peruntukan bagi membina jambatan baru yang lebih besar dan tinggi 15 meter. Kerajaan juga telah menerima pelabur bagi membina 3 buah kilang besi di Kawasan Perindustrian Telok Kalung. Kerajaan Terengganu juga akan membuat "Terusan" bagi memudahkan "Tongkang" memindah barangan dari kilang terus ke Pelabuhan Kemaman.
Bandar Baru Kijal akan dijadikan Bandar Tekstil bagi memudahkan orang ramai negeri pantai timur terutama peniaga tekstil dapat membeli tekstil dengan harga murah tanpa lagi pergi ke Kawasan Perindustrian Nilai 3 Negeri Sembilan dan Tangkak Johor. Sebanyak 42 unit kedai tekstil akan dibuka tak lama lagi di Bandar Baru Kijal.
Menurut Ahmad lagi, kerajaan negeri bercadang membina pusat pelancongan yang lebih menarik di Tasik Kenyir bagi menarik para pelancong datang ke negeri Terengganu. Zoo Bukit Takal Kemaman juga akan dijadikan zoo terbesar di Malaysia dan sekarang ini kerajaan telah meluluskan tanah seluas 38 ekar.
Kerajaan negeri juga bercadang membina Institut Jantung di Kemaman bagi memudakan orang ramai memeriksa jantung tanpa lagi pergi ke Institut Jantung Negara.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pemuda UMNO Kemaman kerana telah berjaya menubuhkan Kelab Pemotoran Daerah Kemaman dengan kerjasama Rakan Muda dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kemaman.
Terdahulu Ketua pemuda UMNO Bahagian Kemaman Mohd Hisham Zubir dalam ucapannya memberitahu bahawa perlantikan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar dan Datuk Ahmad Shabery Chik sebagai Menteri Belia dan Sukan adalah ketentuan Illahi yang tak harus dipertikai. Beliau juga mengumumkan seramai satu ribu belia telah mendaftar sebagai ahli Kelab Pemotoran Daerah Kemaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.