MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Selasa, September 29, 2009

Pencalonan Tan Sri Mohd Isa Samad sudah dijangka.


Pencalonan Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calon Barisan Nasional bertanding pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, 11 Oktober ini memang sudah dijangka walau pun mendapat tentangan sesetengah pihak.
Pengumuman nama Mohd Isa yang juga Ketua Bahagian Umno Teluk Kemang dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis jamuan Aidilfitri dan pengumuman calon BN di Batu 6, Jalan Pantai, Port Dickson hari ini.
Umno Bahagian Teluk Kemang pada peringkat awal hanya mencalonkan nama Mohd Isa untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu pada 11 Oktober ini.
Bagaimanapun, selepas diminta pucuk pimpinan parti, dua lagi nama dikemukakan untuk dipertimbangkan sebagai calon BN.
Mohd Isa pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan selama 25 tahun. Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang diadakah berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 September lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon pada 3 Oktober ini, manakala pengundian 11 Oktober.
Tan Sri Mohd Isa akan ditentang olih Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar sebagai calon bagi bertanding pilihan raya kecil Bagan Pinang,11 Oktober ini. Pengumuman nama Zulkefly, 45, yang juga seorang ahli perniagaan itu dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.