MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Isnin, Disember 28, 2009

CADANGAN LARANGAN PERJALANAN BAS EKSPRES WAKTU MALAM BUKAN JALAN PENYELESAIAN.

Salam blogger

Saya amat tidak bersetuju terhadap cadangan untuk melaksanakan larangan perjalanan bas ekspres pada waktu malam atau selepas tengah malam seperti yang diutarakan sesetengah pihak.

Cadangan tersebut adalah tidak relevan sama sekali, apakah kemalangan tidak berlaku pada waktu siang? Kemalangan tetap berlaku dimana mana dan tidak mengira waktu. Bagaimana orang ramai yang berpendapatan rendah yang mempunyai urusan sesuatu perkara diluar kawasan yang jauh.

Dengan menghadkan perjalanan bas ekspres pada waktu malam akan membebankan mereka. Mereka terpaksa mengambil cuti tiga hari bagi menyelesaikan masalah mereka. Mereka juga terpaksa menyewa bilik selama dua malam disebabkan tak sempat balik. Hari pertama dan ketiga adalah hari perjalanan pergi dan balik. Hari kedua hari mereka berurusan temujanji, ini sekali gus menambah beban kewangan yang mana bolih digunakan untuk tujuan lain.

Mengikut kajian, semua kenderaan mempunyai risiko kemalangan, tetapi bolih dielak sedikit sahaja jika jadual perjalanan dipinda iaitu jam 2.00 hingga 4.00 pagi adalah waktu rehat. Mengikut statistik kemalangan banyak berlaku pada waktu ini. Jika waktu rehat ini digunakan pemandu untuk tujuan lain, maka rehat pemandu juga tidak mencukupi. Pengalaman saya memandu jarak jauh, waktu ini adalah waktu yang cukup mengantuk dan hampir berlaku kemalangan.

Setelah saya mengamalkan jadual perjalanan yang betul, saya tidak pernah mempunyai masalah semasa memandu. Diharap pihak yang memberi cadangan ini membuat kajian terlebih dahulu sebelum mengemukakan cadangan. Apa pun terima kasih atas cadangan ini untuk kebaikan semua pihak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.