MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Selasa, Disember 15, 2009

Laluan keretapi ke Terengganu disambut baik.

Salam Blogger

Rakyat Pantai Timur khususnya Terengganu menyambut baik cadangan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bagi meningkatkan sistem pengangkutan keretapi hingga ke Terengganu. Pembinaan landasan keretapi ke Terengganu pernah dicadangkan olih Tun Khalil Yaakob semasa beliau menerajui kerajaan Negeri Pahang suatu ketika dahulu.
Ketika berucap merasmikan mesyuarat agung perwakilan UMNO Bahagian Kemaman pada tahun 1995 beliau berkata cadangan membina landasan keretapi dari Mentakab Pahang ke Jertih Terengganu pernah disuarakan kepada Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad Menteri Besar Terengganu ketika itu.
Katanya lagi apabila landasan keretapi sampai ke Jertih, kerajaan Terengganu bolih membina " Pelabuhan Darat " di Jertih bagi memudahkan pengusaha kilang papan dan kayu lapis disekitar Kelantan - Terengganu menggunakan keretapi sebagai pengangkutan utama mereka bagi menghantar barangan mereka ke Pelabuhan Kuantan.
Bagi rakyat Kelantan - Terengganu juga bolih memilih keretapi sebagai kenderaan awam ke destinasi Pantai Barat, Utara dan Selatan Tanahair serta juga Singapura.
Semalan Berita Harian online melapurkan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata kajian sambungan rel antara Lembah Klang-Mentakab-Kuantan-Kuala Terengganu-Kota Baharu sedang dijalankan. "Hasil kajian ini kelak akan membolehkan kerajaan menentukan larasan landasan serta bentuk perkhidmatan keretapi yang akan dilaksanakan di Pantai Timur nanti," katanya ketika menjawab soalan Senator Fatimah Hamat di Dewan Negara di sini hari ini.

Fatimah ingin tahu sama ada kerajaan bercadang membuat kajian kemungkinan untuk mengadakan perkhidmatan keretapi ke Terengganu dan menyambungkan ke rangkaian perkhidmatan keretapi sedia ada di Pahang dan Kelantan. Abdul Rahim berkata kerajaan sememangnya bercadang meningkatkan sistem pengangkutan keretapi di pantai timur Semenanjung.

2 ulasan:

  1. salam alhamdullilahdan salam satu malaysia naungang allah dan agong sultan memerintah di bumi tercinta.Ada baiknya konsep ini diteruskan memandangan nilaian kerja ini disusun oleh masyarakat untuk menerajui sistem susun atur budjet yg terancang. Fahami erti kata jentra segagat dan ilmuan mengundang penyatuan umat sekelianya.sumber kewangan memainkan peranan teramat penting menaikkan pelaburan bagi memperahui masalah dalaman dan luaran.Aspek teknikal mengutuhkan penaik martabatan melayu malaysia am nya.terima kasih

    BalasPadam
  2. selamat berjaya didunia dan akhirat

    BalasPadam

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.