MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Jumaat, Disember 04, 2009

POLITIK LABU-LABI:TEGURAN BUAT DAP/PEMUDA UMNO

Ulasan YB Zulkifli Nordin Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu P.18 dalam blog http://zul4kulim.blogspot.com/
mengenai pemimpin DAP memijak gambar 3 ADUN Bebas Negeri Perak.
Salam 2 all.
Saya terkejut membaca lapuran akhbar The Star hari ini tentang gelagat pimpinan DAP yang memijak gambar YB Hee Yit Foong, YB Mohd. Osman Jailu dan YB Jamaluddin Mohd. Radzi semasa Perhimpunan Tahunan DAP Peringkat Negeri Perak semalam.

Ketiga-tiga wakil rakyat tersebut adalah bekas ADUN DAP dan PKR yang telah memilih untuk keluar Pakatan Rakyat yang akhirnya menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Perak tumbang.

Saya tidak bersetuju dengan tindakan pimpinan DAP yang memilih untuk menunjukkan sifat kebudak-budakan dalam isu ini. Saya cadangkan kepada kepimpinan DAP supaya tengok cerita Nasib Labu-Labi arahan P.Ramlee dimana Labu dan Labi bergaduh berebut wanita yang tidak mahukan mereka pun, dan mereka memilih untuk memijak gumpalan akhbar sebagai simbol kepala bapak masing-masing untuk dipijak lawannya. Saya berharap kepimpinan DAP dapat menunjukkan sikap yang lebih professional, matang dan waras dan tidak mengamalkan Politik Labu-Labi.

Kita perlu menghormati pilihan yang telah dibuat oleh ketiga-tiga ADUN tersebut. Saya sendiri tidak bersetuju dengan tindakan mereka, namun kita memperjuangkan hak bersuara dan hak individu untuk menyertai mana-mana pertubuhan pilihan mereka. Oleh itu kita sepatutnya menjadi golongan pertama yang menghormati hak mereka, walaupun kita tidak bersetuju. Sepatutnya kita mencerminkan diri kita.
Adakah mungkin mereka bertindak demikian kerana sikap kita sendiri. Setakat yang saya tahu, YB Hee Yit Foong merasakan bahawa beliau telah dianaktirikan. Begitu juga dengan YB Mohd. Osman dan YB Jamaluddin, yang menyalahkan kongkongan DAP Negeri Perak keatas Kerajaan Pakatan Rakyat Perak sebagai sebab mereka memilih keluar daripada Pakatan. Alasan mereka mungkin benar mungkin tidak. Tetapi pada pandangan saya, ini tidak menghalalkan kita bertindak saperti samseng jalanan dan secara kebudak-budakan dengan memijak gambar mereka.
Sebagaimana saya tidak bersetuju tindakan Pemuda UMNO Pulau Pinang yang mengadakan demonstrasi semalam di hadapan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang serta membakar gambar YAB Lim Guan Eng. Saya mengecam tindakan Pemuda UMNO Pulau Pinang tersebut dan ingin menegaskan bahawa budaya politik samseng dan gedebe sudah tiada dalam kamus politik Malaysia. Rakyat kini adalah rakyat yang sudah celik.
Ini adalah zaman IT dan tanpa sempadan yang mana berita bergerak pantas dengan hanya satu klik dihujung jari. Politik samseng Sarip Kg Dusun hanya layak dipentaskan di layar komedi. Politik hari ini bukan lagi politik sepak-terajang, tetapi politik memakai aqal yang waras.

Saya menyeru kesemua pihak supaya bertindak secara waras dan profesional. Marilah kita berpolitik secara matang dan berhemah. Jangan kerana politik semuanya menjadi halal. Yang paling malang, apa saje kita buat semuanya ok dan halal, yang orang lain buat semuanya haram belaka! Janganlah kita jadi kuali memanggil teko hitam! Janganlah kita 'amalkan Politik Labu-Labi!

Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
12 Zulhijjah 1430 / 30 Nov 2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.