MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Isnin, Julai 18, 2011

Ahli Parlimen Titiwangsa, YB. Dr. Lo’ Lo’ binti Dato’ Hj. Mohamad Ghazali meninggal dunia


إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ


Ahli Parlimen Titiwangsa, YB. Dr. Lo’ Lo’ binti Dato’ Hj. Mohamad Ghazali telah kembali ke rahmatullah dan disahkan oleh ibu beliau, Datin Zainab binti Salleh.

Beliau yang dilahirkan pada 2 Ogos 1957 mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Conlay Ipoh, Sekolah Raja Perempuan Taayah Ipoh sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan Ijazah Kelas Pertama (Kedoktoran). Lagi berita disini

YB Dr Lo’Lo juga telah melanjutkan pengajiannya di Adelaide Alternative Medicine & Surgery dalam pengkhususan Acupunturist.

Beliau memenangi kerusi Parlimen P119 Titiwangsa pada pilihanraya umum lalu pernah bertanding di Parlimen P59 Bukit Gantang namun tewas kepada calon Barisan Nasional.

Allahyarhamah Dr Lo’Lo telah meninggalkan suami Prof Madya Dr Aminuddin Abd Hamid Karim yang merupakan pensyarah perubatan. Anak-anak beliau ialah Mawaddah, Muhd Fawwaz, Sakinah, Muhd Farhan. Beliau juga mempunyai seorang cucu, ‘Izz Nu’man.

Jenazah beliau kini dibawa dalam perjalanan ke Masjid Akram Dato Keramat untuk dimandikan dan dikapankan.

Al Fatihah …

Sumber http://din.huluselangor.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.