MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Isnin, Julai 18, 2011

Terima Kasih Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu & Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Mahkamah tolak permohonan tukar nama wanita

18/07/2011 1:25pm

KUALA TERENGGANU 18 Julai — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan seorang lelaki yang mahu menukarkan nama dalam Mykad kepada nama wanita selepas menjalani pembedahan tukar jantina dua tahun lepas.

Ketika membacakan keputusannya, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa berkata, permohonan Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz ditolak selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan, dan kewujudan organ dalaman.

Mohd Ashraf Hafiz yang membuat permohonan itu pada 25 Mei lepas telah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009 setelah disahkan layak daripada segi psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai.

Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari sini bagaimanapun tidak hadir di mahkamah dan hanya diwakili peguamnya, Horly Isaach.

Hakim Mohd Yazid berkata, keputusan mahkamah menolak permohonan itu juga kerana mengambil kira hujah Peguam Kanan Persekutuan, Aida Adha Abu Bakar yang mewakili Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, yang telah berjaya meyakinkan mahkamah bahawa permohonan berkenaan tidak wajar diluluskan kerana pemohon bukanlah wanita tulen.

Katanya, walaupun pemohon telah menjalani pembedahan tukar jantina, perkara itu tidak boleh dijadikan hujah untuk mendapatkan kebenaran mahkamah.

Selain itu, katanya, tiada laporan lengkap daripada pihak hospital bersabit pembedahan jantina yang dibuat terhadap Mohd Ashraf Hafiz, dan sepanjang prosiding berlangsung, tiada seorang pun doktor dipanggil untuk memberi keterangan.

"Setelah kes ini diperhalusi dan diteliti dari semua aspek dan mengambil kira implikasi kepada masyarakat, mahkamah menolak permohonan pemohon.

"Mahkamah juga tidak mempunyai kuasa untuk membuat pengisytiharan deklarasi bersabit penukaran gender dan tiada sebarang peruntukan undang-undang dalam negara ini yang membenarkan permohonan pemohon untuk menukar status jantina dalam MyKad dan dalam dokumen pengenalan diri lain pemohon,” katanya. - Bernama

Petikan Utusan Online

Isu murtad: Permohonan pengikut Ayah Pin ditolak

18/07/2011 7:21pm

PUTRAJAYA 18 Julai - Seorang pengikut ajaran sesat Ayah Pin yang mengisytiharkan dirinya murtad, gagal dalam usahanya untuk merujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan bertujuan mencabar hak dan kebebasan beragama di sisi perlembagaan.

Ia berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang menolak dengan kos rayuan bekas ustazah, Kamariah Ali, 60, selepas berpuas hati bahawa persoalan yang ingin dikemukakan itu merupakan bidang kuasa Mahkamah Syariah, bukan Mahkamah Sivil.

Ia selaras dengan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan apa-apa perkara yang terletak dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Hakim Datuk Azhar Ma'ah dan Hakim Datuk Clement Allan Skinner. - Utusan


1 ulasan:

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.