MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Khamis, Julai 07, 2011

Terima kasih PDRM . Anwar, Ambiga, KJ, Ibrahim Ali dilarang masuk KL Sabtu ini

KUALA LUMPUR 7 Julai - Penganjur Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk S. Ambiga; Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin, adalah antara 91 orang yang dilarang berada di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dari pukul 8 pagi hingga 6 petang Sabtu ini.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata, pihaknya telah mendapatkan perintah mahkamah mengikut Seksyen 98 Kanun Prosedur Jenayah untuk melarang mereka ini, iaitu 66 orang daripada Bersih, 14 daripada Perkasa dan 11 daripada Himpunan Patriot.

Pemimpin pembangkang yang turut dilarang ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; veteran DAP Lim Kit Siang; Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua, katanya pada sidang berita di pejabatnya di sini hari ini.

Amar Singh berkata, perintah larangan ini adalah untuk mengelakkan daripada perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia.

”Jika engkar mereka boleh ditangkap mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara selama enam bulan,” katanya.

Beliau berkata, perintah mahkamah yang diperoleh polis semalam turut memperuntukkan tindakan menahan serta merta mereka yang disenaraikan itu jika berada di kawasan larangan tersebut pada hari berkenaan.

Katanya, polis akan menyerahkan perintah mahkamah itu kepada kesemua 91 orang yang dinamakan secara bersemuka hari ini.

Beliau berkata, kesemua 91 orang ini tidak dibenarkan memasuki dan berada di sepanjang Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan persekitaran Istana Negara.

Selain itu, mereka juga dilarang berada di sepanjang Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan persekitaran Masjid Negara.

Kawasan lain di persekitaran Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), perkarangan Pusat Membeli Belah Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Bharu, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan kawasan-kawasan yang turut terkandung dalam kawasan tersebut. - Bernama

Petikan Utusan Online 7.7.2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.