MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Khamis, Julai 07, 2011

Polis tahan peserta jika perhimpunan tiada permit: KPN

Petikan Berita Harian Online 7 Julai 2011

KUALA LUMPUR: Mereka yang menyertai perhimpunan Sabtu ini akan ditangkap jika ia dianjur tanpa permit polis, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Katanya, polis juga boleh menahan mereka kerana menghadiri perhimpunan anjuran sebuah pertubuhan tidak berdaftar.
"Tindakan kami berlandaskan undang-undang. Ianya tiada pengecualian kerana Akta Polis relevan. Sesiapa sahaja yang bertindak atas nama mereka itu (BERSIH), kita tidak teragak-agak untuk tahan mereka mengikut undang-undang.

ni kerana sudah jelas mereka bukan pertubuhan berdaftar dan sah. Hantar permohonan guna nama lain dan kita akan pertimbangkan. Kerajaan sudah bagi peluang (anjur perhimpunan) gunalah sebaiknya (dengan memohon permit)," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.

Gabungan itu yang kononnya menuntut perjalanan pilihan raya lebih adil, dilaporkan mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka selepas rancangan awal mereka untuk mengadakan demonstrasi jalanan mendapat bantahan rakyat sehinggakan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan zainal Abidin, mengeluarkan Titah Khas mengenai kesan buruk yang akan berlaku sekiranya ianya diteruskan.

Ismail berkata, polis dimaklumkan bahawa pengurusan Stadium Merdeka belum memberikan sebarang kelulusan untuk perhimpunan itu diadakan di situ.

Ketika ditanya sama ada polis akan membuat tangkapan jika penganjur mempunyai permit dengan menggunakan nama pertubuhan yang berdaftar, beliau berkata polis akan bertindak jika terdapat unsur yang mengganggu dan menggugat keselamatan awam.
"Perkara ini adalah penting demi menjaga kepentingan awam dan masyarakat yang cintakan keamanan dan kesejahteraan," katanya.

Ismail juga berkata, beliau menemui ketua gabungan itu, Datuk S Ambiga, hari ini dan mengingatkannya sekali lagi mengenai keselamatan awam.

"Saya minta dia patuhi undang-undang, lebih-lebih lagi dia seorang peguam," katanya.

Dibawah petikan dari laman web PDRM

Berita Semasa

Kemukakan permohonan kepada pihak polis terlebih dahulu sebelum perhimpunan diadakan

Bukit Aman , 7 Julai - "Selaras dengan tawaran kerajaan bahawa perhimpunan 9 Julai 2011 boleh diadakan di dalam stadium, PDRM yang bertanggungjawab kepada ketenteraman awam berdasarkan kepada bidang kuasa yang termaktub dalam Akta Polis 1967 (Akta 334), akan menentukan bahawa penganjur kepada perhimpunan tersebut hendaklah mematuhi undang-undang negara dan peraturan polis berhubung perhimpunan, perjumpaan dan perarakan. Perkara ini adalah penting demi menjaga kepentingan awam dan masyarakat yang cintakan keamanan dan kesejahteraan," ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Bukit Aman hari ini.

Sehubungan itu, penganjur kepada perhimpunan hendaklah mengemukakan permohonan kepada pihak polis terlebih dahulu sebelum perhimpunan diadakan dan mendapat kelulusan daripada Ketua Polis Daerah di mana perhimpunan itu hendak diadakan.

Tambah beliau, Ketua Polis Daerah, dalam menimbang permohonan tersebut, mengambil kira isu keselamatan dan sama ada perhimpunan ini akan menimbulkan kekacauan dalaman (disturbance of the peace), sebelum, semasa dan selepas perhimpunan itu.

Oleh itu, pihak penganjur mesti mematuhi peraturan-peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan berdasarkan kepada undang-undang bagi menjamin ketenteraman terus kekal sepanjang masa.

Sementara itu dalam tempoh dua tiga hari ini, pihak polis di Selangor dan Kuala Lumpur telah menemui senjata berbahaya di beberapa tempat yang mungkin digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sebelum, semasa dan selepas perhimpunan ini diadakan.

Pihak polis bimbang dengan penemuan ini dan terpaksa mengambil langkah-langkah keselamatan termasuk mengadakan sekatan jalan raya yang menyebabkan kesesakan jalan raya dan kesulitan kepada pengguna jalan raya.

Pihak polis amat kesal di atas kesulitan yang telah dihadapi oleh orang ramai, tetapi langkah-langkah ini terpaksa diambil demi keselamatan orang ramai yang sentiasa menjadi keutamaan pihak polis.

"Pihak polis sentiasa prihatin ke atas kesejahteraan orang ramai dan berharap mereka bersabar oleh kerana keselamatan rakyat diutamakan," akhiri beliau.





Jumlah Bacaan : 52

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.