MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Ahad, Mei 12, 2013

Anwar, Guan Eng sila letak jawatan setelah dakwa PRU-13 tidak bersih


BUKIT MERTAJAM 12 Mei - Kerajaan DAP Pulau Pinang dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta meletak jawatan setelah mereka mendakwa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu tidak bersih.
Ini bagi membolehkan pilihan raya semula diadakan di Pulau Pinang dan di Parlimen Permatang Pauh untuk memastikan ia telus.
Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, jika pilihan raya didakwa tidak bersih kenapa kerajaan negeri Pulau Pinang mengangkat sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada 9 Mei lalu.
"Saya cabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim. Kenapa menerima kemenangan pada PRU-13 lalu jika pilihan raya itu mereka dakwa tidak bersih dan satu penipuan.
"Inilah pemimpin double standard, kalau kata PRU-13 tak bersih, letak jawatan dan jangan mengheret rakyat tidak berdosa untuk membantah keputusan PRU-13," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130512/po_24/Anwar-Guan-Eng-sila-letak-jawatan-setelah-dakwa-PRU-13-tidak-bersih#ixzz2T4a5Sm98
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.