MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Ahad, Mei 12, 2013

DAP kritik kerajaan Selangor

Pembangkang masih gagal selesai isu pelantikan MB

Kuala Lumpur: DAP mengkritik pakatan pembangkang Selangor kerana masih gagal menyelesaikan isu pelantikan Menteri Besar di negeri itu.

Serentak itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata isu berkenaan perlu diselesaikan segera bagi mengelakkan urusan pentadbiran kerajaan negeri terganggu. 


“Semakin lambat penyelesaiannya, ia akan menjejaskan pakatan pembangkang dan tidak baik untuk rakyat Selangor. 


“Dua negeri (Kelantan dan Pulau Pinang) sudah mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri. Saya fikir sepatutnya Selangor yang paling cepat,” katanya pada sidang media selepas Persidangan Perwakilan DAP Kebangsaan, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Jawatan Menteri Besar Selangor kini menjadi rebutan antara ahli PKR yang mahukan Timbalan Presiden parti, Mohamed Azmin Ali manakala DAP dan PAS menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk terus menerajui negeri itu bagi penggal kedua.

Masalah dalaman PKR 
Kelmarin, Mohamed Azmin mempertikaikan tindakan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencalonkan Abdul Khalid tanpa berbincang dengan kepimpinan PKR negeri itu.

Guan Eng berkata, DAP terus mengekalkan sokongan parti terhadap Abdul Khalid, namun tidak akan campur tangan masalah dalaman PKR.

“Walaupun pertikaian dalaman adalah perkara biasa bagi mana-mana parti politik, tetapi ia tidak boleh berlanjutan sehingga boleh menjejaskan pentadbiran negeri,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Guan Eng mengingatkan wakil rakyat DAP supaya menjadikan kekalahan pakatan pembangkang di Kedah sebagai iktibar.

“Satu sebab utama Kedah kalah bukan kerana BN hebat tetapi kerana pakatan pembangkang gagal memastikan penyampaian yang baik di negeri itu.

“Selain itu, masalah perpecahan dalam PAS Kedah turut mencacatkan usaha pakatan pembangkang menang di negeri itu,” katanya.

Selain itu, katanya, pakatan pembangkang sedang mengumpulkan bukti sebelum memfailkan petisyen pilihan raya dalam tempoh terdekat.


Sumber : http://www.bharian.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.