MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Sabtu, April 14, 2018

Pasar Perikanan pertama Terengganu

 AHMAD SHABERY cuba memproses ikan bakar dalam aktiviti jualan di Dataran Perikanan Pantai Teluk Mak Nik Kemaman. - UTUSAN ONLINE



14 April 2018 2:31 PM

KEMAMAN 14 April -Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA) memperkenalkan Pasar Perikanan di Pantai Teluk Mak Nik yang pertama seumpamanya di negeri ini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pasar ini diwujudkan dengan kerjasama agensi kerajaan bagi memberi ruang pasaran tersendiri kepada nelayan, penternak akuakultur dan pengusaha industri asas tani memasarkan hasil keluaran mereka.

“Pasar Perikanan ini seumpama pusat pertemuan dan jualan terus daripada pengeluar kepada pengguna.

“Jabatan Perikanan Malaysia selaku agensi penyelaras telah membuat projek perintis pada Februari dan Mac lalu yang mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat dengan nilai jualan hampir RM15,000,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Dataran Perikanan di Pantai Teluk Mak Nik di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Munir Mohd Nawi dan Pengarah Perikanan negeri Zawawi Ali.
Sementara itu, Pengarah Perikanan negeri, Zawawi Ali berkata, Dataran Perikanan ini boleh menjadi medan kepada penduduk setempat menggunakan kemudahan yang dengan memasarkan produk hasil perikanan mereka di sini.

Tambah beliau lagi, selain dari aktiviti pemasaran hasil perikanan, terdapat juga aktiviti berjadual seperti demonstrasi peralatan menangkap ikan dan membaiki enjin, demonstrasi pemprosesan seperti membuat nuget ikan di samping promosi produk perikanan seperti ikan bakar garam (snow fish), sate ikan aya, produk rumpai laut (seaweed) serta ikan bakar berempah,” jelas beliau lagi. - UTUSAN ONLIN


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.