MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Isnin, April 09, 2018

PRU-14: Jangan tumpu soal calon dan bakal MB


Ahmad Razif (tengah) bersama sebahagian anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamtan Kampung Daerah Kemaman dalam Program Bersama Menteri Besar hari ini


09 April 2018 7:51 PM

KUALA TERENGGANU 9 April - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman mahu ahli UMNO menumpukan kepada gerak kerja memenangkan parti dan bukan soal siapa yang akan dipilih sebagai calon dan bakal menerajui negeri ini.

Katanya, sesiapa sahaja yang dipilih, perlu diterima, dan jangan meletakkan kepentingan sendiri sehingga menjejaskan parti dalam usaha meraih lebih banyak kerusi bagi memperkukuhkan kerajaan yang bakal dibentuk, dan terus merencanakan masa depan untuk negeri dan rakyat.

“Siapa sahaja yang bertanding atas tiket BN, kita kena sokong. Kepada bekas wakil rakyat, sekiranya tidak terpilih, jangan sabotaj parti sebaliknya sentiasa memberi sokongan kepada calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti.

“Jangan kianat parti jika nama kita tidak dicalonkan... kita kena ingat masa kita bertanding dulu kita disokong oleh ahli parti,” katanya yang juga Pengerusi BN negeri dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Menteri Besar yang dihadiri kira-kira 2,000 orang di sini hari ini.

Beliau mengajak semua agar berusaha untuk membawa kebaikan kepada parti dan kepentingan negeri.

“Jika saya sendiri tidak diperlukan bertanding... saya tidak akan bertanding. Kita juga jangan fikir siapa menteri besar selepas ini... yang penting kemenangan BN dan kita dapat mengekalkan kuasa.-UTUSAN ONLINE


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.