MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Ahad, April 29, 2018

Pendidikan percuma hanya janji kosong

Ahmad Shabery bersama pemimpin setempat dan warga pendidik dalam majlis Sambutan Hari Guru Daerah Kemaman, hari ini. - UTUSAN ONLINE



29 April 2018 7:20 PM


KEMAMAN 29 April - Masyarakat tidak harus terpengaruh dengan PKR yang mudah menjanjikan soal percuma termasuk pendidikan jika berpeluang memerintah negara dalam Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU-14).

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, parti pembangkang itu hanya tahu membuat janji untuk mencapai kemenangan walaupun tidak mampu menunaikannya kelak.

"Mereka sudah boleh lakukannya di negeri yang dikuasai tetapi mereka tidak buat apa-apa juga," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Guru Daerah Kemaman di Dewan Sekolah Menengah Agama Imtiaz, Kijal, di sini hari ini.

Yang turut hadir sama, Ketua UMNO bahagian, Datuk Seri Ahmad Said, anggota Exco kerajaan negeri, Ir. Rosli Othman; Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Cukai, Datuk Mohamed Awang Tera; Pengerusi Ladang Rakyat Terengganu Sdn. Bhd. Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar dan Pegawai Pendidikan Daerah, Idris Bidin.

Menurutnya, pendidikan di negara ini kini hampir pada tahap pendidikan percuma kecuali sedikit bayaran di peringkat pendidikan tinggi walaupun bayaran sebenar jauh lebih tinggi.

"Kita perlu melihat hal-hal lain dalam memberi pendidikan percuma terutama kualiti pendidikan dan bagaimana cara kita membiayainya.

"Kita akui ada negara Eropah memberi pendidikan percuma tetapi mereka mengutip cukai yang tinggi terutama GST," ujarnya.

Sehubungan itu beliau mempersoalkan, jika mahukan pendidikan percuma sepenuhnya dan GST nak dihapuskan, mereka perlu menjejaskan daripada mana sumber kewangan yang akan digunakan bagi pembiayaan itu.

"Mereka sering mengatakan agar memberi peluang memeritnah dahulu sebelum melaksanakan. Jelas itu hanya janji kosong mereka, dan rakyat jangan mudah terpedaya," katanya. - UTUSAN ONLINE


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.