MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Ahad, Julai 01, 2018

Ahmad Said kekalkan jawatan



30 Jun 2018 9:15 PM


KEMAMAN 30 Jun -Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad mengekalkan jawatan sebagai Ketua UMNO bahagian Kemaman dalam pemilihan yang berlangsung di Dewan UMNO bahagian, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu yang turut mencuba nasib sebagai calon Naib Presiden UMNO memperoleh 570 undi, menewaskan pencabarnya penggal lalu, Mat Dalam Awang yang cuma meraih 126 undi.

Mohd Hisham Zubir,  Pegawai Khas kepada bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pula dipilih sebagai Timbalan Ketua UMNO bahagian setelah memperoleh 407 undi manakala saingannya, bekas  ADUN Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar ( 265 undi).

Ahmad Shabery  tidak mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Ketua UMNO bahagian namun menawarkan diri bertanding sebagai ahli jawatankuasa yang dianggap usaha melorongkan ke arah menjayakan pelan peremajaan parti itu di peringkat bahagian.

Jawatan Naib Ketua UMNO bahagian pula disandang oleh bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian, Ahmad Fikry Ibrahim yang memperoleh 475 undi dalam persaingan tiga penjuru  termasuk bekas ADUN Kemasik, Ir. Rosli Othman (135 undi) di samping Ahmad Mizani Mohd (87 undi). - UTUSAN ONLINE


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.