MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Jumaat, Julai 27, 2018

Empat lagi bot nelayan Vietnam ditahan


Empat lagi bot nelayan Vietnam ditahan


MUKHATAR A. RAHMAN
22 Julai 2018 7:18 PM

Empat buah bot nelayan Vietnam yang berjaya ditahan APMM semalam.

KEMAMAN - Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan empat buah bot nelayan Vietnam yang disyaki menangkap ikan secara haram di perairan Kemaman dekat sini semalam.

Seramai 41 nelayan Vietnam termasuk empat tekong berusia dalam lingkungan 19 hingga 57 tahun turut berjaya diberkas oleh Ops Perkasa yang dilakukan kapal penguat kuasa KM Gemia dari pukul 10.40 pagi hingga 1.20 tengah hari.

Pengarah Pangkalan Maritim Kemaman, Leftenan Komander Maritim Mohamad Rezal Kamalbashah berkata, kesemua bot nelayan terbabit berjaya ditahan KM Gemia pada kedudukan antara 100 hingga 104 batu nautika dari perairan Kuala Kemaman dekat sini.

"Penahanan itu juga berjaya merampas lima tan ikan pelbagai jenis, 5.5 tan ikan baja, 17,000 liter minyak diesel dan peralatan menangkap ikan yang nilai keseluruhannya RM4.5 juta.

"Keempat-empat tekong bot berkenaan gagal mengemukakan permit sah menangkap ikan di perairan negara yang dikeluarkan Jabatan Perikanan," katanya pada sidang akhbar di Markas Maritim Kemaman di sini hari ini. - K! ONLINE




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.