MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Rabu, Julai 25, 2018


Dua kapal ditahan bersama 10 kru
Pindah minyak di laut

MUHAMAD REZAL.

25 Julai 2018 4:54 PM


KEMAMAN 25 Julai - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan dua buah kapal yang disyaki melakukan aktiviti pemindahan minyak dari kapal ke kapal (STS) tanpa kebenaran dalam operasi khas di perairan daerah ini, malam tadi.

Ketua Zon Maritim Kemaman, Left. Komander Maritim Muhamad Rezal Kamal Badshah berkata, kapal kargo minyak, Edy Aman yang didaftarkan di Indonesia dan YTC TUG IX yang didaftar di Singapura ditahan pada pukul 11.40 malam, kira-kira empat  batu nautika dari Kuala Kemaman.

"Ketika itu, kedua-duanya didapati sedang melakukan pemindahan berdasarkan minyak yang berada didalam tangki dan paip (hose) yang masih berada di dalam saluran minyak," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan kapal berkenaan di pekarangan Maritim Kemaman, di sini hari ini.

Kegiatan pemindahan minyak dari kapal secara haram kebiasaannya berlaku di waktu tengah malam hingga subuh bagi mengelak dijejak oleh pihak berkuasa.

Katanya, kapten kapal Edy Aman berusia 39 tahun dan tiga kru warga Indonesia berumur lingkungan 28 hingga 30 di samping kapten kapal YTC TUG IX bersama lima kru yang juga warga Indonesia berumur 26 hingga 46 tahun ditahan reman selama tujuh hari.

Di samping itu, Muhamad Rezal memberitahu, pihaknya turut merampas 11,500 liter minyak diesel dari dua buah kapal itu yang dianggarkan bernilai RM23,000.

"Kedua-dua kapal tiada dokumen kebenaran dan permit sah bagi melakukan aktiviti pemindahan minyak di laut.

"Justeru boleh disabitkan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967 kerana menyalahgunakan Lesen Perkapalan negeri di bawah Lembaga Perlesenan Perkapalan Negeri 1981 dan melakukan kesalahan di bawah Lembaga Pelabuhan Kemaman,” katanya. - UTUSAN ONLINE



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.