25 buah rumah di Kampung Pasir Gajah rosak dibadai ribut
Oleh MUKHATAR A. RAHMAN
KEMAMAN: Sebanyak 25 buah rumah rosak di bahagian bumbung dalam kejadian ribut di Kampung Pasir Gajah, di sini, petang semalam.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3.30 petang itu menyebabkan hampir keseluruhan bumbung di deretan rumah teres itu diterbangkan angin.
Penduduk mendakwa kejadian itu merupakan kali kedua dan paling kuat berlaku sepanjang mereka menetap di situ sejak beberapa tahun lalu.
Salah seorang penduduk, Sabrina Nor Azmi, berkata ketika kejadian, dia yang baru sahaja tiba di kediamannya, melihat pusaran angin bewarna hitam datang dari arah kanan rumahnya.

Menurut Sabrina, waktu itu cuaca tidak hujan, namun dia melihat pusaran angin itu bergerak laju terus menyebabkan hampir keseluruhan bumbung rumah saya dan rumah jiran-jiran diterbangkan angin.
“Masa kejadian saya duduk dalam kereta, nak keluar, lepas itu saya tengok dengan angin datang dari sebelah kanan saya warna hitam, berpusing perlahan-lahan dan kemudian sampai ke rumah saya, dalam sekelip mata atap rumah saya diterbangkan angin kencang.
Ujar Sabrina, selepas itu disusuli hujan lebat sehingga menyebabkan kediamannya dimasuki air dan keseluruhan perabot dan barangan rosak.

Seorang lagi penduduk, Noratikah Azmi berkata, dia takut melihat pusaran angin sebelum melihat bahagian bumbung diterbangkan angin kencang.
“Ya Allah nak keluar tak boleh sebab atap sedang jatuh. Ya Allah mengucap dan berdoa semoga dilindungi dan selamat,” katanya.
Seorang lagi mangsa ribut, Jamal Abdul Nasir Abdul Rahmat berkata, masa berlaku tu saya nak pergi ambik orang puan saya kerja tapi tak dang sampai tengah jalan tu tengok atap beterbangan, anak dengan menantu ada dalam rumah. Dia pun tadah tadah air dia pun. Saya pun mari sini, tak guna tadah la atas sebab atap berterbangan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Pasir Gajah, Razali Omar berkata, pihaknya bersama Pejabat Daerah Kemaman dan Pejabat Kebajikan Daerah telah mengenalpasti setiap kerosakan rumah dan sedang dalam proses pembaikian.
“Rumah yang terlibat setakat ini 25 buah rumah itu, sebanyal 23 rumah di Perumahan Awam Kos Rendah dan dua buah lagi di Kampung Laut.
“Bantuan membaiki kerosakan rumah mangsa sedang dijalankan menerusi peruntukan daripada pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih.
Tinjauan Suara Timur di lokasi kejadian pagi ini mendapati kebanyakan rumah terbabit mengalami kerosakan pada struktur bumbung dan siling manakala kerja-kerja pembaikian segera sedang dilakukan. – Suara Timur


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.