MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Khamis, September 10, 2009

DUN Bagan Pinang kayu pengukur UMNO dan BN

Salam Blogger,
Pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang akan diadakan tak lama lagi berikutan kematian Allahyarham Azman Mohd Nor ADUN Bagan Pinang dari Barisan Nasional pada 4 September lalu bakal menjadi kayu pengukur kepada UMNO dan Barisan Nasional setelah tewas beberapa kali dalam pilihanraya kecil bermula di Parlimen Kuala Terengganu pada januari lalu setelah kematian Datuk Razali Ismail dari Barisan Nasional.
Jika dilihat suasana politik dalaman UMNO dan BN hari ini adalah sukar bagi BN memenangi kerusi Dun Bagan Pinang walau pun kerusi tersebut milik BN sebelum ini. Pemilihan calun yang sesuai bagi BN amatlah penting bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN.
Hari ini Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta UMNO Negeri Sembilan menyenaraikan beberapa nama untuk dipertimbangkan sebagai calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang ketika diminta mengulas keputusan UMNO Teluk Kemang yang dilaporkan hanya mahu menyenaraikan nama bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Abdul Samad, yang juga ketua bahagian itu, sebagai calonnya. Katanya lagi langkah itu penting untuk membolehkan pucuk pimpinan parti membuat penilaian dengan lebih objektif.
Parlimen Teluk Kemang mempunyai lima kerusi DUN dengan tiga daripadanya milik pembangkang iaitu Chuah dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lukut (DAP) dan Port Dickson (PKR).
Pada masa ini, BN menguasai 20 daripada 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan dengan bakinya 16 lagi dipegang DAP, PKR dan Pas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.