MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Selasa, Februari 12, 2013

Projek fasa pertama ECRR bernilai RM2 bilion


KUALA TERENGGANU 11 Feb. - Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRR) fasa pertama melibatkan pembinaan landasan kereta api di negeri ini yang telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat dijangka menelan belanja mencecah RM2 bilion.
Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Toh Chin Yaw berkata, projek yang akan menyambungkan negeri ini dengan negeri-negeri lain diharap dapat dimulakan tahun ini meliputi laluan sejauh lebih 130 kilometer.
"Projek fasa pertama itu membabitkan pembinaan landasan dari Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan ke Kemaman (Kerteh) serta Pelabuhan Kemaman terus ke Bukit Besi (Dungun) yang bukan sahaja untuk muatan kargo industri tetapi juga penumpang.
"Oleh kerana permohonan kita untuk memulakan projek itu telah diluluskan, kerajaan negeri kini sedang dalam proses mengkaji dan mereka bentuk landasan yang bakal digunakan nanti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina di Dewan Tunku Abdul Rahman (DTAR) di sini semalam.
Rancangan pembinaan landasan keretapi yang melibatkan laluan sepanjang 600 kilometer dari Kuala Lumpur ke Tumpat Kelantan secara keseluruhannya itu dijangka siap sepenuhnya menjelang 2016.
Dalam perkembangan berkaitan, Chin Yaw memberitahu, usaha menaik taraf landasan itu termasuk melebarkannya akan bermula dari Bukit Besi ke Chabang, Kerteh seterusnya ke Teluk Kalong, Pelabuhan Kemaman, Gebeng dan Pelabuhan Kuantan.
"Projek ini dijangka mengguna pakai teknologi terkini untuk kedua-dua jenis pengangkutan iaitu kargo dan awam. Kita harap projek ini akan dapat diteruskan untuk fasa berikutnya sehingga ke laluan Kuala Terengganu, Kuantan, Mentakab dan sehingga ke Kuala Lumpur dalam tempoh beberapa tahun lagi," katanya.
Sebelum ini Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dilaporkan berkata, fasa pertama projek ECRR yang sebelum ini dirancang dari Kuantan ke Kerteh telah disambung ke Bukit Besi, Dungun ekoran persetujuan Kerajaan Pusat pada mesyuarat Majlis Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC) yang dipengerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lalu.
"Perancangan awal projek hanya membabitkan jarak 109 kilometer dari Kuantan ke Kerteh, namun saya merayu supaya Kerajaan Pusat menyambung projek itu terus ke Dungun berhampiran Bukit Besi sepanjang 35 kilometer dan ia dipersetujui," ujar Ahmad.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20130212/wt_03/Projek-fasa-pertama-ECRR-bernilai-RM2-bilion#ixzz2KdoS0SP6
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Laluan keretapi ke Terengganu disambut baik.


14 Disember 2009 Berita Harian online melapurkan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata kajian sambungan rel antara Lembah Klang-Mentakab-Kuantan-Kuala Terengganu-Kota Baharu sedang dijalankan. "Hasil kajian ini kelak akan membolehkan kerajaan menentukan larasan landasan serta bentuk perkhidmatan keretapi yang akan dilaksanakan di Pantai Timur nanti," katanya ketika menjawab soalan Senator Fatimah Hamat di Dewan Negara di sini hari ini.

Fatimah ingin tahu sama ada kerajaan bercadang membuat kajian kemungkinan untuk mengadakan perkhidmatan keretapi ke Terengganu dan menyambungkan ke rangkaian perkhidmatan keretapi sedia ada di Pahang dan Kelantan. Abdul Rahim berkata kerajaan sememangnya bercadang meningkatkan sistem pengangkutan keretapi di pantai timur Semenanjung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.