MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Isnin, Jun 08, 2026

Bomba selamatkan pendaki cedera di Gunung Chemerong

 

Bomba selamatkan pendaki cedera di Gunung Chemerong

08/06/2026

Oleh MUKHTAR A RAHMAN

DUNGUN: Seorang pendaki mengalami kecederaan ketika dalam perjalanan menuruni Gunung Chemerong dalam satu ekspedisi mendaki di Hulu Dungun, Terengganu, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.00 pagi semalam itu, mangsa lelaki berusia 48 tahun itu dilaporkan cedera pada bahagian kaki dan tidak mampu meneruskan perjalanan dan terpaksa menggunakan bantuan pasukan penyelamat untuk dibawa keluar.

Mangsa adalah antara 27 peserta yang menyertai ekspedisi mendaki gunung berkenaan dan Gunung Lansir sejak Jumaat lalu.

ANGGOTA bomba mengusung seorang pendaki yang cedera di bahagian kaki di Gunung Chemerung, Hulu Dungun. 

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penguasa Kanan Bomba Satu, Shahrin Yusmar Mat Yusof berkata, ketika berada di kawasan Gunung Lansir, mangsa secara tiba-tiba rebah selepas mengalami kecederaan pada otot kedua-dua belah kaki.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan mangsa tidak boleh berdiri dan berjalan sebelum anggota ekspedisi membuat panggilan kecemasan kepada pihak berkuasa.

“Susulan itu, satu operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilancarkan selepas pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.21 minit tengahari,” katanya di sini hari ini.

PENDAKI yang cedera selamat dibawa turun oleh anggota bomba dari Gunung Chemerong, Hulu Dungun.

Menurut Shahrin Yusmar, operasi menyelamat melibatkan kekuatan 72 anggota terdiri daripada bomba, polis, jabatan perhutanan dan malim gunung.

Katanya, operasi SAR berdepan kesukaran ekoran keadaan cuaca dan hujan serta keadaan geografi kawasan gunung yang berliku dan curam.

“Mangsa berjaya di bawa keluar kira-kira jam 12.09 minit tengahari tadi dan mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut,” katanya. – Suara Timur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.