MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Jumaat, Jun 12, 2026

Dua nelayan dikhuatiri hilang, seorang selamat selepas bot karam dalam kejadian ribut di perairan Kemaman

 

Dua nelayan dikhuatiri hilang, seorang selamat selepas bot karam dalam kejadian ribut di perairan Kemaman

12/06/2026

Oleh MUKHATAR A RAHMAN

KEMAMAN:  Dua nelayan dikhuatiri hilang dan seorang terselamat selepas bot yang mereka naiki karam akibat dipukul ombakketika bersauh kira-kira 29 batu nautika di Timur Kuala Kemaman, malam semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Kemaman Abdul Halim Hamzah berkata, bot berkenaan dipercayai tenggelam dalam kejadian ribut pada 12.30 tengah malam tadi selepas mereka keluar menangkap ikan pada 11.30 pagi Selasa lepas.

Beliau berkata, dua mangsa dikhuatiri hilang itu ialah tekong Azan Muda, 68, dan Nordin Mohammad, 61, manakala nelayan yang selamat pula Mahadi Jusoh, 51.

Katanya, Mahadi berjaya diselamatkan oleh sebuah bot nelayan yang melalui kawasan kejadian sebelum dibawa pulang ke jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang.

“APMM Kemaman menerima laporan mengenai kejadian itu sebelum operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) diaktifkan pada 6.30 petang ini.

“Bot Penggalang 16 telah diatur gerak ke lokasi kejadian bagi melaksanakan pencarian awal di sekitar kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Bagaimanapun, Abdul Halim berkata, operasi pencarian terpaksa ditangguhkan pada 9 malam berikutan keadaan laut bergelora serta cuaca buruk yang menyukarkan usaha mencari mangsa.

Menurutnya, operasi CARILAMAT akan disambung semula pagi esok dengan penglibatan aset dan anggota berkaitan. – Suara Timur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.