MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Sabtu, Jun 13, 2026

Mayat lelaki ditemukan terapung di Sungai Air Puteh

 

Mayat lelaki ditemukan terapung di Sungai Air Puteh

13/06/2026

Oleh MUKHATAR A RAHMAN

KEMAMAN: Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar memukat ikan akhirnya terjawab selepas mayatnya ditemui petang semalam.

Mayat Mualim Johari, 38, ditemukan terapung berhampiran jambatan Sungai Air Puteh dekat Kampung Seberang Tayor, dekat sini kira-kira pukul 6  petang.

Mangsa yang tinggal seorang diri dikatakan menyara hidup dengan menjual ikan sungai salai yang diperoleh dari sungai yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumahnya.

Mangsa dipercayai ke sungai berkenaan untuk memasang pukat pada petang hari Rabu lalu dan dikatakan terjatuh ke dalam sungai dan dihanyutkan arus deras.

MUALIM JOHARI

Mayat mangsa ditemukan tersangkut pada timbunan kayu di tengah sungai berkenaan kirta-kira pukul 6 petang oleh penduduk kampung.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Cheneh dan polis yang bergegas ke lokasi serta menggunakan sebuah bot untuk membawa mayat mangsa ke tebing sungai.

Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berkenaan penemuan mayat itu.

Mayat mangsa kemudiannya di bawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman (HK) untuk proses bedah siasat dan urusan selanjutnya. – Suara Timur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.