MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Isnin, Mac 01, 2010

Mohammad Fairus Khairuddin sertai UMNO

Salam 1Malaysia

Bernama hari ini melapurkan Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat dan menyertai UMNO. Pengumuman Mohammad Fairus di buat dihadapan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada majlis perjumpaan beliau dengan Persatuan Silat Seni Gayung dekat Ampang, Kuala Lumpur.
Datuk Seri Najib berkata Umno menyambut baik penyertaan Mohammad Fairus sebagai anggota baru Umno kerana yakin dengan keputusan Mohammad Fairus menyertai Umno atas soal prinsip dan dasar bukannya jawatan atau ganjaran.
Semalam Utusan Online juga melapurkan bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Datuk Salehhudin Hashim mengakui telah keluar parti beberapa hari selepas beliau meletakkan jawatan pada 7 Januari lalu.
Pada 8 Februari lalu Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, YB Zulkifli Nordin dalam program soal jawab terbitan TV 3 berkata, " Selepas ini ramai yang akan keluar parti " dan diikuti olih Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang juga bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang keluar parti kerana hilang keyakinan pada pucuk pimpinan PKR.
Sekian
Mukhatar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.