MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Khamis, Mac 04, 2010

Saorang lagi Ahli Parlimen PKR keluar parti

Salam Blogger




Saorang demi saorang ahli Parlimen PKR keluar parti, yang terbaru semalan Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri ( Gambar ) telah meletak semua jawatan dalam parti dan sekali gus keluar dari Parti Keadilan Rakyat.

Dengan keluarnya Mohsin Fadzli menjadikan tiga orang Ahli Parlimen PKR keluar parti dalam masa tak sampai sebulan.

Menurut beliau, ahli PKR hanya bolih menyuarakan pendapat tetapi tidak pernah diambil kira olih pimpinan tertinggi parti. Beliau merasa kecewa dengan janji janji pemimpin Pakatan Rakyat yang menyatakan akan berlaku peralihan kerajaan pada 16 September yang lalu tetapi ia tidak menjadi kenyataan.
Penulis berharap, pemimpin UMNO tidak leka dan tidak merasa selesa dengan perkembangan terkini yang berlaku dalam PKR sekarang, sebaliknya UMNO terus berkerja kuat bagi menarik lebih ramai yang menjadi ahli UMNO. Masih ramai lagi remaja yang belum menjadi ahli UMNO dan juga mendaftar sebagai pemilih. Jika ahli ramai tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih, tiada maknanya UMNO mendabik dada kerana mereka ini tidak bolih memilih dalam pilihanraya umum nanti.
Sekian
Mukhatar

p/s Gambar petikan Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.