MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Isnin, Mac 01, 2010

Terengganu Jadi Lokasi Penggambaran Filem Bollywood

Kerajaan negeri menyambut baik cadangan sebuah syarikat perfilaman Bollywood yang merancang menjadikan negeri ini sebagai sebahagian lokasi penggambaran filem terbaru mereka.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Bin Said berkata, filem lakonan Rani Mukherjee dijangka memulakan penggambaran di beberapa tempat seperti Tanjung Jara, Tasik Kenyir, Muzium Negeri, Pulau Redang dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud mulai Mei ini.
" Kita yakin apabila filem itu membuat penggambaran di negeri ini, ia memberi kelebihan kepada Terengganu apabila tempat tempat menarik dalam filem itu akan ditonton olih peminat filem hindi yang berada diseluruh dunia, " katanya.
Beliau berkata selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjianpersefahaman antar Primula Beach Hotel Sdn Bhd Taman Tamadum Islam ( TTI ) Management Sdn Bhd di sini petang ini.
Sementara itu, Beliau berkata kerajaan negeri menempah bot kaca bernilai RM 3 juta bagi merancakkan lagiaktiviti perlancongan terutamanya di Pulau Redang dan Pulau Perhentian.
Ahmad berkata reka bentuk bot berkenaan seperti tongkang di mana bahagian dindingnya di perbuat daripada kaca bagi membolihkan pelancong melihat kehidupan laut, manakala di bahagian atas pula menyediakan ruang makan dan minum.
" Kita buat sebuah dahulu untuk lihat sambutan pelancong terhadap bot berkenaan. Kalau ia memberi sambutan yang baik, kita akan tambah lagi,katanya.
Sumber Bernama
Sementara itu dalam majlis berasingan Ahmad yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu menjangkakan lebih ramai lagi ahli dari pembangkang akan keluar parti kerana sudah hilang kepercayaan dan keyakinan pada pemimpin pakatan itu.
Beliau berkata perkara itu dapat dilihat selepas saorang demi saorang anggota pembangkang mengumumkan keluar parti dan menyertai umno serta menjadi wakil bebas kerana merasa kecewa dengan parti yang mereka sertai.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai pengumuman keluar parti olih beberapa anggota pembangkang baru baru ini.
Sumber Bernama
Sekian
Mukhatar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.