MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Isnin, Mac 01, 2010

Kenyataan Mohd Puad tidak relevan

Salam untuk semua.

Semalam Ahli Majlis Tertinggi UMNO Dr Mohd Puad Zarkashi dipetik Bernama sebagai berkata, Umno perlu mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, kerana bersekongkol dengan parti pembangkang dalam isu royalti minyak Kelantan.
Saya amat tidak bersetuju dengan cadangan Mohd Puad, sebaliknya umno perlu berbincang dengan Tengku Razaliegh dan bertanya mengapa beliau berbuat demikian yang mana bertentangan dengan dasar parti dan kerajaan. Dengan mengambil tindakan terhadap beliau, tidak ada yang untung. Dalam kontek ini kita mahu menang menang dan bukannya satu pihak menang dan satu pihak kalah.
Kenyataan Mohd Puad yang Tengku Razaliegh tidak ada kekuatan dan hanya bergantung kepada sokongan pembangkang adalah tidak benar. Tengku Razaliegh tidah pernah tewas dalam pilihanraya walaupun bertanding diluar umno dan Barisan Nasional begitu juga dengan Majlis Tertinggi Umno. Ini menunjukan yang Tengku Razaliegh mempunyai kekuatan yang tersendiri.
Sekian.
Mukhatar
Kemaman Terengganu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.