MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Isnin, Mac 01, 2010

Antara Tengku Razaliegh Hamzah dan Datuk Mohd Alwi Che Ahmad

Salam Blogger

Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini sebulat suara meluluskan usul untuk membawa tuntutan royalti minyak terhadap kerajaan pusat ke mahkamah.

Bernama hari ini memetik Speaker DUN Mohd Nasurrudin Daud meluluskan usul berkenaan setelah mendapat undi sebulat suara dan mendengar penghujahan lima anggota Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) yang menyokong usul berkenaan termasuk ketua pembangkang. Datuk Mohd Alwi Che Ahmad ( Barisan Nasional - Kok Lanas ).

Sebelum ini ramai yang memberi pandangan terhadap Tengku Razaliegh apabila beliau berucap berkenaan isu royalti minyak Kelantan diatas pentas NGO yang turut dihadiri pemimpin PAS.
Semalam Ahli Majlis Tertinggi UMNO Dr Mohd Fuad Zakarshi mengesa umno supaya mengambil tindakan terhadap Tengku Razaliegh kerana bersengkokol dengan parti pembangkang dalam isu minyak Kelantan.
Hari ini apa pula pandangan Dr Mohd Puad Zakarshi terhadap Datuk Mohd Alwi Che Ahmad yang menyokong usul kerajaan PAS Kelantan supaya membawa tuntutan royalti minyak terhadap kerajaan pusat ke Mahkamah.
Sekian
Mukhatar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.