MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Jumaat, Mei 10, 2013

Polis panggil 28 individu terbabit himpunan haram

Shah Alam: Polis Selangor akan memanggil 28 individu termasuk penganjur dan beberapa pemimpin pakatan pembangkang yang menyampaikan ceramah berbaur hasutan pada perhimpunan haram 'Suara Rakyat, Suara Keramat' di Stadium Kelana Jaya, malam kelmarin. 

Ketua Polis negeri, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata semua individu terbabit akan dipanggil memberi keterangan tidak lama lagi dan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948. 

Sebanyak tiga pelanggaran undang-undang di kesan iaitu membabitkan penganjur, pemimpin parti politik dan peserta perhimpunan terbabit. 

Polis menyiasat penganjur perhimpunan itu mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012, kerana gagal memberikan notis kepada polis 10 hari lebih awal daripada tarikh program diadakan. 

Peserta perhimpunan pula melanggar undang-undang mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan, iaitu melakukan aktiviti yang boleh menjejaskan demokrasi berparlimen dan jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun; selain ceramah berbaur hasutan, katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor di sini semalam. 

Langgar arahan polis 
Tun Hisan berkata, penganjur hanya menghantar notis untuk mengadakan perhimpunan kira-kira 12.30 tengah hari kelmarin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya. 

Jelas tindakan pihak ini melanggar arahan polis. Polis juga mendapati ada di kalangan peserta perhimpunan turut membawa kanak-kanak dalam program itu. 

Selain itu polis turut menerima laporan seorang pengguna jalan raya cedera selepas kenderaannya dibaling objek disyaki dari arah kelompok peserta perhimpunan. 

Bagaimanapun, setakat ini kita belum melakukan sebarang tangkapan dan akan mendapatkan keterangan daripada individu terbabit terlebih dulu, katanya. 

Beliau berkata, stadium berkenaan hanya boleh memuatkan seramai 25,000, tetapi jumlah peserta yang hadir mencecah 55,000 orang, sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk.

Sumber http://www.bharian.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.