MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Sabtu, Mei 11, 2013

Ketua Polis Negara bersara wajib 17 Mei ini


KUALA LUMPUR 10 Mei - Tan Sri Ismail Omar melepaskan jawatan sebagai Ketua Polis Negara (KPN) kerana bersara wajib pada 17 Mei ini, bukan atas desakan mana- mana pihak seperti didakwa dalam media sosial dan blog.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) berkata, pihaknya menafikan penyebaran khabar angin tersebut yang mendakwa Ismail dipaksa meletak jawatan sebagai KPN ekoran desakan Barisan Nasional dan UMNO.

Menurutnya, berita yang disebarkan itu adalah palsu kerana KPN tidak pernah meletak jawatan sebaliknya meninggalkan PDRM kerana bersara wajib.

Menurutnya, tiada sebab untuk Ismail meletak jawatan semata-mata kerana desakan politik memandangkan beliau sentiasa menunjukkan taat setia kepada kerajaan dan bekerja keras untuk menjaga keamanan negara sepanjang berkhidmat dalam PDRM.

“Cerita itu adalah tidak benar. Jangan hendak membuat andaian yang bukan-bukan. Beliau cuma bersara wajib pada 17 Mei ini dan majlis persaraannya bakal diraikan sehari sebelum itu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Khalid mengulas penyebaran khabar angin di media sosial dan blog mengenai perletakan jawatan KPN yang dikatakan ekoran desakan BN dan UMNO.

Dakwaan tersebut berbunyi ‘BERITA PANAS!! KETUA POLIS NEGARA NAK LETAK JAWATAN... sumber dari Bukit Aman baru tadi pastikan KETUA POLIS NEGARA TAN SRI ISMAIL OMAR memberikan surat letak jawatan selepas desakan teruk dari pihak BN/UMNO yang mendesak beliau untuk tahan 28 penceramah kebangkitan rakyat #blackout. Beliau rasa bersalah selepas beliau sendiri tidak puas hati dengan cara-cara penipuan SPR bersama BN/UMNO. Insiden ini sedang menjadikan Bukit Aman huru hara... kita tunggu berita selanjutnya...’

Sementara itu, Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) PDRM, Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf dalam kenyataan di sini memberitahu, PDRM memandang serius penyebaran fitnah di media sosial dan blog mengenai perletakan jawatan KPN yang dikatakan ekoran desakan parti politik.

Katanya, kenyataan tersebut adalah berniat jahat dan merupakan satu fitnah. Tegas Ramli, individu yang terlibat dalam menyebarkan maklumat palsu dan berbaur hasutan boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130511/dn_03/Ketua-Polis-Negara-bersara-wajib-17-Mei-ini#ixzz2Sy3aqSZr
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.