MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Rabu, Mei 08, 2013

Ahli PAS bantah Husam tak jadi EXCO Kelantan


Ahli PAS bantah Husam  tak jadi  EXCO KelantanMohd Nuri (tengah) mengadakan sidang media sebelum menyerahkan memorandum tidak puas hati terhadap ahli PAS berserta tandatangan kepada Ahmad Yakob di kediamannya di Alor Pasir, Wakaf Bharu, semalam. - Foto Nik Abdullah Nik Omar
Ahli minta MB baru beri penjelasan EXCO paling kanan digugurkan

Kota Bharu: Pengguguran Datuk Husam Musa daripada senarai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kelantan, mengundang bantahan ahli PAS di Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor dan Parlimen Kubang Kerian. 
Mereka yang diketuai wakil PAS Salor, Mohd Nasir Saat menyerahkan memorandum bersama 150 tandatangan ahli parti kepada Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob petang semalam, meluahkan rasa kecewa dengan tindakan tidak menyenaraikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu yang juga antara EXCO kerajaan negeri paling kanan sebelum ini. 

Memang Husam banyak jasa kepada Kelantan, tapi tanpa restu Tuanku, beliau tidak boleh angkat sumpah (sebagai EXCO)” Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan

Timbalan Pengarah II, Majlis Tindakan DUN Salor, Mohd Nuri Mat Yaacob, berkata ahli PAS mahu kerajaan negeri memberi penjelasan terhadap perkembangan itu kerana dari segi hierarki parti, Husam adalah Naib Presiden PAS merangkap Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan.

“Beliau sepatutnya diberikan keutamaan bagi jawatan EXCO, lagi pun Husam sudah menyumbang banyak jasa serta komitmen untuk kerajaan negeri dan rakyat Kelantan. Jasa Husam dalam membangunkan negeri ini memang banyak, beliau bagaikan memberi nafas baru kepada kerajaan negeri dan parti.

“Jasanya juga tidak sedikit dalam membantu mengekalkan Kelantan terus berada di bawah pentadbiran PAS. Saya rasa rakyat Salor mahukan penjelasan daripada kerajaan negeri, mengapa perkara ini berlaku,” katanya sambil mendakwa, Husam juga memaklumkan tidak tahu mengenai penggugurannya itu.

Ahmad beri penjelasan 
Sementara itu, Ahmad ketika memberi penjelasan kepada Mohd Nasir serta lebih 100 ahli PAS yang hadir ke rumahnya semalam, berkata PAS Kelantan menyerahkan senarai nama EXCO kepada Sultan Muhammad V, namun Sultan Kelantan tidak memberi perkenan terhadap pelantikan Husam.

“Memang Husam banyak jasa kepada Kelantan, tapi tanpa restu Tuanku, beliau tidak boleh angkat sumpah (sebagai EXCO). Abdul Latif (ADUN Mengkebang, Abdul Latif Ab Rahman) juga tidak mendapat perkenan Tuanku,” katanya.

Pada PRU-13, Husam mempertahankan kerusi DUN Salor, tetapi gagal dalam cubaan merampas Parlimen Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN) yang diwakili oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

http://www.bharian.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.