Oleh MUKHATAR A. RAHMAN
KEMAMAN: Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kemaman bersiap siaga bagi menghadapi bencana banjir di daerah ini pada Monson Timur Laut (MTL) yang diramal bermula pada 5 November ini dan berterusan sehingga Mac 2026.
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, Tengku Shahrir Tengku Dahlan berkata, berdasarkan laporan, sepanjang tempoh tersebut, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan berlaku lima hingga tujuh episod hujan lebat di Terengganu, Kelantan dan Pahang.
Justeru katanya, PPD Kemaman mengambil maklum kenyataan tersebut dan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana peringkat PPD Kemaman bersama agengsi dan jabatan penyelamat daerah Kemaman semalam.
“Mesyuarat ini penting sebagai platform penyelarasan dan kesiapsiagaan kita dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana seperti banjir, ribut atau kejadian luar jangka yang boleh menjejaskan keselamatan murid, guru dan aset pendidikan di daerah ini,” katanya ketika ditemui Suara Timur, hari ini.
Ujarnya, kita perlu memastikan setiap sekolah mempunyai Pelan Tindakan Bencana Sekolah (PTBS) yang dikemas kini, sistem komunikasi yang cekap serta rantaian kerjasama dengan agengsi penyelamat seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Tengku Shahrir berkata, fokus utama PPD Kemaman adalah melindungi nyawa, menjaga keselamatan komuniti sekolah serta memastikan kelangsungan pendidikan tidak terganganggu walaupun dalam keadaan bencana.
Beliau menambah, pihaknya berharap keputusan mesyuarat semalam dapat merangka tindakan yang tuntas, pratikal dan berpaksikan data bagimemastikan kesiapsiagaan PPD Kemaman sentiasa berada pada tahap tertinggi. – Suara Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.