Oleh MUKHATAR A. RAHMAN
KEMAMAN: Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu menyita sebuah lori dan sebuah jengkaut ketika sedang mengangkut kayu atas tanah kerajaan di Kampung Dadong, Mukim Tebak di sini, tanpa kebenaran, kelmarin.
Seramai tiga lelaki tempatan berusia 63, 47, dan 22 tahun yang berasal dari daerah ini juga ditahan untuk membantu siasatan.
Mengikut fakta kes, kejadian berlaku ketika sepasukan daripada Pejabat Ranger Hutan Daerah Kemaman melakukan rondaan di lokasi tersebut pada pukul 7 petang.
Pada rondaan tersebut, pasukan tersebut telah menjumpai sebuah jengkaut berjenama Hitachi sedang mengangkat kayu bulat pelbagai spesis ke dalam lori sebuah berpagar jenis Nissan.
Semakan ke atas lori tersebut menjumpai tual pelbagai saiz dan spesis di atas lori tersebut dan tiada surat kebenaran yang sah dikeluarkan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.
Pengawas Renjer Hutan, Pejabat Renjer Hutan Kemaman telah membuat laporan kejadian tersebut pada pukul 3.09 pagi semalam.
Sementara itu, lori dan jentera yang disita itu dibawa ke depo sitaan Jabatan Perhutanan Daerah Dungun di Jerangau, Dungun untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Sueperintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar ketika dihubungi Suara Timur mengesahkan ada terima laporan untuk tindakan pejabat hutan. – Suara Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.