Oleh MUKHATAR A. RAHMAN
KEMAMAN: Seorang pesara swasta mengalami kerugian RM301,340 setelah terpedaya dengan penipuan pelaburan saham tidak wujud dalam talian.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan tersebut selepas tertarik melihat satu iklan pelaburan saham di dalam laman Facebook pada13 Julai lalu.
Menurutnya, mangsa telah melakukan 14 transaksi ke dalam lima akaun bank yang berbeza berjumlah keseluruhan RM 301,350
bermula pada 16 Ogos sehingga 2 Oktober lalu.
“Mangsa membuat laporan polis selepas tidak menerima sebarang pulangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau memberitahu, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – Suara Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.