MUKHADIMAH

MUKHADIMAH
Surah Al Fatihah

ROTI LEMBUT GEBU

ROTI LEMBUT GEBU
Kami sedia menerima tempahan Roti Lembut Gebu dari Seluruh Semenanjung Malaysia

Ahad, Oktober 12, 2025

Pensyarah wanita UiTM Cawangan Pahang ditemukan lemas di kolam renang hotel

 

Oleh MUKHATAR A. RAHMAN

KEMAMAN: Seorang pensyarah wanita di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang ditemukan lemas di sebuah kolam renang di sebuah hotel di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman DSP Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian tersebut kira-kira 7.10 malam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa Nur Hazwani Abd Halim, 33, yang bertugas di Akademi Pengajian Bahasa  mendaftar masuk ke hotel berkenaan pada 4 petang semalam.

“Mangsa dikatakan mandi kolam bersama suami pada 4.30 petang. Selepas satu jam mandi mangsa tiba-tiba disedari lemas,” katanya di sini, hari ini.

Beliau menambah, mayat mangsa yang juga anak kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Permaisuri, Datuk Abd Halim Jusoh, telah dibawa ke Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat pada 10.30 pagi tadi. – Suara Timur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bolih memberi berapa banyak komen yang anda suka terhadap cerita ini. Komen tersebut hendaklah dengan cara yang berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.